Pendedahan Mengejutkan Polis Tentang Kematian Kevin Morais. Sikap
dingin masyarakat dalam mengambil tahu hal orang lain merupakan antara
faktor yang menyebabkan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di
Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kejam.
Ini kerana, kejadian penculikan Kevin Morais telah dilihat oleh ramai
orang tetapi mereka memilih jalan berdiam diri dan tiada seorang pun
yang membuat laporan polis.
Akhbar China Press melaporkan, Kevin Morais telah diculik hanya kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Jalan Dutamas Raya.
Pada hari kejadian pada 4 September, Ketika Kevin Morias dalam
perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya, empat penculik yang kemudian
menjadi pembunuh dengan sengaja mewujudkan kemalangan jalan raya.
Tanpa mengesyaki apa-apa, Kevin Morais telah turun dari kereta untuk
memeriksa keadaan kenderaannya itu dan seterusnya menyebabkan dia
diculik.
Pendedahan Mengejutkan Polis Tentang Kematian Kevin Morais
Kejadian itu berlaku ketika waktu puncak dan dalam kesesakkan lalu
lintas, maka kejadian itu disaksikan orang ramai yang tersangkut dalam
kesesakkan jalan raya.
Tiga orang berperanan memasukkan Kevin Morais ke dalam pickup jenis
Mitsubishi Triton sementara seorang lagi memandu kereta mangsa.
Menurut polis, sekiranya orang ramai membuat laporan, nasib Kevin Morais
mungkin berubah atau dia mungkin dapat diselamatkan lebih awal.
Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, pembunuhan Kevin Morais telah dirancang secara teliti oleh pembunuh.
Kata sumber, pembunuh mengelak menggunakan jalan raya bertol tidak kira
dalam proses penculikan, pembunuhan atau pelupusan mayat.
Pembunuh turut menjadikan sebuah bengkel untuk menjalankan kerja-kerja menyembunyikan mayat yang disimen dalam tong dram.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.