Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sejak semalam iaitu hari Jumaat, telah melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke Indonesia.
Ia adalah lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang posisi pemimpin nombor dua kerajaan menggantikan Muhyiddin Yassin pada 28 Julai lepas.
Mengikut laporan Bernama, antara aturcara lawatan Zahid ke negara jiran itu ialah mengadakan kunjung hormat terhadap Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla, menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Baiturrahman yang terletak dalam kawasan Istana Wakil Presiden serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Luhut Binsar Pandjaitan.
Selain itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri.
Bagaimanapun pada Sabtu malam pula, iaitu hari kedua lawatannya itu, telah berlangsung majlis persandingan anak lelakinya dengan seorang gadis negara tersebut di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.
Di laman sosial sejak malam tadi telah tersebar gambar dan rakaman video pendek persandingan itu yang boleh dikira dilangsungkan dengan meriah sekali.
Ramai pemimpin UMNO dan kerajaan, termasuk yang berjawatan menteri dan timbalan menteri dilaporkan turut sama menghadiri majlis persandingan itu. Persoalan yang timbul ialah mengapakah lawatan rasmi Zahid ke Indonesia ini bersamaan tarikhnya dengan majlis persandingan anak lelakinya?
Apakah ianya sekadar kebetulan, memang dirancang atau sudah begitu ketentuan Tuhan? Bilakah sebenarnya tarikh majlis persandingan anak lelakinya di Jakarta itu ditetapkan dan bilakah pula lawatan rasmi ke Indonesia direncanakan?
Berapa ramaikah pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya ikut serta dalam lawatan rasmi itu? Bagaimanakah dengan perbelanjaan Zahid dan keluarganya ke Indonesia ini?
Adakah ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet rasmi atau separuh daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala separuh lagi melalui wang poketnya sendiri memandangkan majlis perkahwinan anak lelakinya itu merupakan acara peribadi keluarganya?
Begitu juga dengan pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya yang turut ikut serta, apakah segala-galanya "ditanggung beres" oleh kerajaan atau atas tanggungan masing-masing? Untuk mengelakkan fitnah dan salah faham,
lebih-lebih lagi dalam dunia ketelusan sekarang ini, adalah perlu Zahid menjelaskan semua perkara ini secara jujur dan terbuka. Di ketika negara berada dalam suasana getir, rakyat sedang kesusahan dan dibebankan dengan macam-macam kesengsaraan seperti GST misalnya, tentulah tidak wajar beliau sebagai pemimpin, jika didapati tiba-tiba menikmati seenaknya wang kerajaan, termasuk untuk acara yang bersifat peribadi dan kekeluargaan.
Oleh itu, hanya penjelasan selengkapnya daripada Zahid sendiri dapat memadamkan segala tanda tanya ini. Lebih-lebih lagi, tidak lama sebelum ini,
Perdana Menteri Najib Razak juga ketika menghadiri majlis persandingan anak perempuannya di sebelah pihak lelaki di Almaty, Kazashtan pada 17 hingga 19 April lalu, turut mengadakan kunjung hormat dan pertemuan rasmi dengan Presiden negara tersebut, Nursultan Nazarbayez.
Tindakan Najib mengadakan lawatan rasmi beserta kira-kira 250 ahli rombongan ke Kazashtan bersamaan dengan tarikh majlis persandingan anaknya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev telah dikritik ramai kerana ia seolah-olah sengaja dilakukan untuk menjadikan pemergiannya itu "ditanggung halal" sepenuhnya menggunakan perbelanjaan kerajaan.
Apakah Zahid juga sedemikian rupa atau adakah beliau tidak segan-segan berbuat demikian kerana Najib sudah pun menunjukkan teladannya terlebih dahulu?
Berita mengenai persandingan anak perempuan Najib dan lawatan rasminya Kazashtan turut disiarkan di media-media.
Ini adalah antara kritikan ramai mengenai lawatan rasmi Najib ke Kazashtan yang serentak tarikhnya dengan majlis persandingan anaknya di sebelah pihak lelaki.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Ahad, 20 September 2015
KENAPA LAWATAN RASMI ZAHID KE INDONESIA SAMA TARIKH DENGAN MAJLIS
SANDING ANAKNYA DI JAKARTA?
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sejak semalam iaitu hari
Jumaat, telah melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke Indonesia.
Ia adalah lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang posisi
pemimpin nombor dua kerajaan menggantikan Muhyiddin Yassin pada 28 Julai
lepas.
Mengikut laporan Bernama, antara aturcara lawatan Zahid ke negara jiran
itu ialah mengadakan kunjung hormat terhadap Naib Presiden Indonesia,
Jusof Kalla, menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Baiturrahman yang
terletak dalam kawasan Istana Wakil Presiden serta mengadakan pertemuan
dengan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan
Keselamatan, Luhut Binsar Pandjaitan.
Selain itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan turut
mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi
Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri.
Bagaimanapun pada Sabtu malam pula, iaitu hari kedua lawatannya itu,
telah berlangsung majlis persandingan anak lelakinya dengan seorang
gadis negara tersebut di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.
Di laman sosial sejak malam tadi telah tersebar gambar dan rakaman video
pendek persandingan itu yang boleh dikira dilangsungkan dengan meriah
sekali.
Ramai pemimpin UMNO dan kerajaan, termasuk yang berjawatan menteri dan
timbalan menteri dilaporkan turut sama menghadiri majlis persandingan
itu.
Persoalan yang timbul ialah mengapakah lawatan rasmi Zahid ke Indonesia
ini bersamaan tarikhnya dengan majlis persandingan anak lelakinya?
Apakah ianya sekadar kebetulan, memang dirancang atau sudah begitu
ketentuan Tuhan?
Bilakah sebenarnya tarikh majlis persandingan anak lelakinya di Jakarta
itu ditetapkan dan bilakah pula lawatan rasmi ke Indonesia
direncanakan?
Berapa ramaikah pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum
keluarganya ikut serta dalam lawatan rasmi itu?
Bagaimanakah dengan perbelanjaan Zahid dan keluarganya ke Indonesia
ini?
Adakah ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet
rasmi atau separuh daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala
separuh lagi melalui wang poketnya sendiri memandangkan majlis
perkahwinan anak lelakinya itu merupakan acara peribadi keluarganya?
Begitu juga dengan pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum
keluarganya yang turut ikut serta, apakah segala-galanya "ditanggung
beres" oleh kerajaan atau atas tanggungan masing-masing?
Untuk mengelakkan fitnah dan salah faham, lebih-lebih lagi dalam dunia
ketelusan sekarang ini, adalah perlu Zahid menjelaskan semua perkara ini
secara jujur dan terbuka.
Di ketika negara berada dalam suasana getir, rakyat sedang kesusahan dan
dibebankan dengan macam-macam kesengsaraan seperti GST misalnya,
tentulah tidak wajar beliau sebagai pemimpin, jika didapati tiba-tiba
menikmati seenaknya wang kerajaan, termasuk untuk acara yang bersifat
peribadi dan kekeluargaan.
Oleh itu, hanya penjelasan selengkapnya daripada Zahid sendiri dapat
memadamkan segala tanda tanya ini.
Lebih-lebih lagi, tidak lama sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak
juga ketika menghadiri majlis persandingan anak perempuannya di sebelah
pihak lelaki di Almaty, Kazashtan pada 17 hingga 19 April lalu, turut
mengadakan kunjung hormat dan pertemuan rasmi dengan Presiden negara
tersebut, Nursultan Nazarbayez.
Tindakan Najib mengadakan lawatan rasmi beserta kira-kira 250 ahli
rombongan ke Kazashtan bersamaan dengan tarikh majlis persandingan
anaknya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev telah dikritik ramai
kerana ia seolah-olah sengaja dilakukan untuk menjadikan pemergiannya
itu "ditanggung halal" sepenuhnya menggunakan perbelanjaan kerajaan.
Apakah Zahid juga sedemikian rupa atau adakah beliau tidak segan-segan
berbuat demikian kerana Najib sudah pun menunjukkan teladannya terlebih
dahulu?
Berita mengenai persandingan anak perempuan Najib dan lawatan rasminya
Kazashtan turut disiarkan di media-media.
Ini adalah antara kritikan ramai mengenai lawatan rasmi Najib ke
Kazashtan yang serentak tarikhnya dengan majlis persandingan anaknya di
sebelah pihak lelaki.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.