Tapi bagi Presiden PAS Hj Hadi secara 'tidak langsung' telah menyatakan sokongannya terhadap tindakan DS Najib yang menurutnya adalah bertujuan mahu menyelesaikan masalah negara yang sedang dilanda masalah (kemelut 1MBDB).
Malang sekali kerana Hj Hadi memandang sinis dan menyindir terhadap tindakan pihak pembangkang yang terdiri dari Pakatan Rakyat 2.0 yang sedang berura-ura untuk membentang undi tidak percaya terhadap Najib dan mencadangkan 'Kerajaan Transisi'. Hj Hadi yang sekadar menyatakan apa yang semua orang kampung pun telah sedia tahu bahawa 'Undi Tidak Percaya ' boleh dilakukan oleh mana-mana negara yg mengamalkan sistem Demokrasi. Tetapi kenapa Hj Hadi enggan menyatakan sokongannya terhadap langkah Pakatan Rakyat 2.0 untuk membawa usul tidak percaya terhadap Najib?
Rupa-rupanya sikap 'muzabzab' Hj Hadi tidaklah sesia begitu sahaja. Tahniahlah kepada Hj Hadi sebab petang tadi DS Najib Razak memuji sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendapat barisan Kabinet baharu selepas rombakan perlu diberi peluang menyelesaikan masalah negara sebelum undi tidak percaya diusulkan.
Takbirlah para wala'un sekalian! Baca di sini PAS sepatutnya bermesyuarat untuk mengambil sikap dan pendirian terhadap perkembangan negara yang terkini. Kesian melihatkan PAS yang masih lagi terkial-kial tidak tahu untuk menyatakan pendiriannya. Mungkin tunggu selepas menyambut Hari Raya Korban nanti.....
Haji Hadi jelas semakin menjauhkan PAS dari kumpulan pembangkang dan lebih menyantuni Umno/BN. Hj Hadi kata,
"PAS bukan parti yang berebut kuasa. PAS ialah parti yang nak menunaikan amanah! Itu membela rakyat! Kita tak rebut kuasa!"
Hoi! Tuan Haji, apasal PAS menyertai pilhanraya selama ini kalau tidak mahu rebut kuasa?
1) "Mereka berkeadaan 'muzabzab' (tidak mempunyai pendirian) antara (iman dan kufur), mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula kepada golongan (yang beriman), dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka kamu (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan bagi menyelamatkannya".(QS an-Nisa': 143)
Jangan jadi golongan muzabzab ini yang dicela oleh Allah... mereka mengambil jalan tengah seolah-olah sikap mereka adalah betul... dalam hal berpolitik dan menyertai jema'ah Islam...
2) Surah Al-Nisa 123 “ Ya ayyuhalladzina amanu kunu qawwamina bi al qisthi syuhada-a lillah…
(Wahai orang-orang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar jadi penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah …) Berikut adalah transkrip wawancara bersama Hj Hadi yang masih tidak tahu nak bertindak selain hanya tunggu dan lihat dulu.
Soalan : Golongan …..negara di parlimen ..terhadap perdana menteri (tak jelas) Hj Hadi : Itu salah satu proses demokrasi.
Biasa dalam Negara yg mengamalkan demokrasi boleh dibuat undi kepercayaan di parlimen melalui Dewan Negeri boleh dibuat. Dan melalui pilihanraya boleh dibuat. Itu proses demokrasilah…
Soalan : (tak jelas) Hj Hadi : Itu kita lihat dulu. Kita lihat kewajaran untuk bertindak.
Kita akan kaji. Soalan : Dilihat dari aspek macam mana Datuk? Hj Hadi : Ya? Soalan : Lihat atas faktor apa untuk buat …? Hj Hadi : Ha?
Kita melihat keperluannya sekarang ni, dilanda masalah2 negara. Kita lihat kabinet baru ni yang baru ni… dia nak selesai parlimen dalam masalah negara ni…kita lihat dahulu….lihat dulu.
Dan PAS bukan parti yang berebut kuasa. PAS ialah parti yang nak menunaikan amanah! Itu membela rakyat!
Kita tak rebut kuasa!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.