BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa,pada
menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen 4 tahun 2004), telah
menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:
Dan bahawasnya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha
Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah menperkenankan penyiaran fatwa
ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang
fatwa ini:
Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh
seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa
fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan
menyiarkan fatwa yang berikut:
"Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak
laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai
wanita, ( mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan
gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM
di sisi Islam.
Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius
terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan , tunjuk ajar yang
sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian,
perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan
kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah"
Keterangan/Hujah:
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai
lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan
tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada
kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan
bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga
sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki.
Sabda Rasulullah SAW :
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat
mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang
menyerupai lelaki daripada kalangan wanita
(HR al Bukhari)
Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada
aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian
dan sebagainya.
(LAMPIRAN 1)
2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa
Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai
kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara
berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita.
Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki.
Sabda Rasulullah SAW
عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل
Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah
melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang
memakai pakaian lelaki.
(HR Abu Daud)
Status Penwartaan:
Diwartakan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.