Friday, July 31, 2015

“Saya digugurkan? Alhamdulillah”-Mohamad Hasan Khairil Ashraf


Mohamad-Hasan,-UMNODesas-desus mengenai pengguguran Mohamad timbul selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir sebagai Timbalan Perdana Menteri


KUALA LUMPUR : “Saya digugurkan? 

Alhamdulillah..,” ia ringkas Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai khabar angin di media sosial bahawa beliau akan digugurkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Badan Kemajuan Anak-Anak Negeri Sembilan pada Jumaat.

Desas-desus mengenai penggugurannya timbul selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Terdahulu dalam ucapannya Mohamad yang juga merupakan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak mengacau pentadbiran yang diketuainya.

Jelasnya, pihak luar seharusnya menjaga kawasan masing-masing dan tidak menganggu kawasan orang lain.
“Kito duduk diam-diam. Duduk di pengkalan kito. Sey duduk sey jago pengkalan Negeri Sembilan. Tapi jangan kacau-kacau Negeri Sembilan. Keno pangkah nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas mengenai tindakan beberapa UMNO bahagian yang membatalkan jemputan untuk menjemput Muhyiddin bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian seperti Rabu, Batu Gajah dan Ipoh Barat.

“Saya tidak tahu pada itu. Kita ini orang Melayu, UMNO ini parti Melayu. Untuk membatalkan jemputan itu. Orang Melayu ini susah untuk membatalkan..tapi terpulang pada masing-masing. Kita jangan hilang budi bahasa,” ujarnya.

Harga Minyak Naik Lagi Mulai 1 Ogos 2015 Kita Bantai



Seperti sedia maklum , harga ketiga-tiga bakan bakar tersebut iaitu petrol RON95 RON97 dan Diesel akan dikemaskini harganya pada 1 Ogos 2015 bermula jam 12,01 tengah malam.

Memetik laporan portal Melvister, pengumuman rasmi harga jualan runcit RON95, RON97 dan Diesel hanya akan diumumkan oleh syarikat stesen minyak selepas jam 9.00 malam Jumaat 31 Julai 2015.


Harga Minyak Terbaru Dijangka Diumumkan Pada Malam Ini, Harga Tidak Rasmi Mulai 1 Ogos 2015


Berikut adalah harga TIDAK RASMI terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Ogos 2015


RON95: RM2.17 Sen Seliter
RON97: RM2.55 Sen Seliter
Diesel: RM1.89 Sen Seliter


Harga tersebut bukanlah harga rasmi tetapi adalah berdasarkan pengiraan purata pasaran harga minyak pada Julai 2015.

Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Julai 2015

RON95: RM 2.15 Sen Seliter
RON97: RM 2.55 Sen Seliter (Termasuk 6% GST)
Diesel: RM2.05 Sen Seliter




Untuk mengetahui harga sebenar yang mungkin berubah kita sama-sama tunggu pengumuman mungkin sekitar jam 9 malam ini.sumber

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook. 

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel. 

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
 
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian editor kami, Kita Bantai Dot Info.

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. 
 
Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. 

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. 
 
Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. 
 
Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"

Maklumat siasatan 1MDB tidak akan didedahkan, kata Peguam Negara

Maklumat Siasatan 1MDB Tidak Akan Didedahkan Kepada Rakyat



MOHAMED APANDI: Kerahsiaan itu penting bagi mempertahankan integriti siasatan dan orang ramai tidak harus mempertikaikan siasatan tersebut. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Peguam Negara yang baharu dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menghargai perhatian serta kebimbangan mendalam yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad tetapi menjelaskan perkembangan siasatan termasuk keterangan saksi-saksi tidak akan didedahkan kepada orang ramai.

Katanya, apa saja nasihat, arahan serta bimbingan yang diberikan kepada agensi-agensi penyiasat juga tidak akan didedahkan.

"Biarpun orang ramai berhak untuk diberitahu, butir-butir siasatan jenayah yang mengandungi antara lain kandungan keterangan yang diberikan oleh saksi adalah dilindungi dan undang-undang melarang hal itu didedahkan," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Mohamed Apandi, kerahsiaan itu penting bagi mempertahankan integriti siasatan dan orang ramai tidak harus mempertikaikan siasatan tersebut.

Peguam Negara mengulas kenyataan lima panel bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendesak agar siasatan terhadap 1MDB dibenarkan untuk berjalan tanpa sebarang gangguan atau tekanan daripada mana-mana pihak.

Lima panel bebas yang mengawasi fungsi dan operasi SPRM itu juga mahu Jabatan Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia, SPRM dan Bank Negara diberi ruang untuk menjalankan siasatan tanpa rasa gentar dan memihak.

Perkembangan minggu ini yang menyaksikan pemecatan Tan Sri Abdul Gani Patail daripada jawatan peguam negara menimbulkan spekulasi penamatan perkhidmatan itu dibuat kerana ada kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.

Dalam satu kenyataan berasingan lebih kurang 12 jam sebelumnya, Mohamed Apandi menafikan dakwaan Sarawak Report bahawa Abdul Gani diberhentikan kerana sedang menyiapkan kertas pertuduhan jenayah rasuah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kertas pertuduhan yang didakwa "tidak ada dan tidak pernah sampai di Jabatan Peguam Negara".

"Lagi pula, format kertas itu tidak betul atau ditulis oleh jabatan kami," katanya.

Mohamed Apandi juga memaklumkan bahawa siasatan Pasukan Petugas Khas masih belum selesai dan mustahil dari segi undang-undang satu kertas pertuduhan boleh dirangka lebih awal.

"Dakwaan kertas pertuduhan ini menunjukkan bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri yang sedang berkhidmat dengan mengaitkan beliau dengan jenayah dan cara-caranya termasuklah dengan mengada-adakan dan membocorkan (dokumen)," katanya yang meyifatkan plot itu sebagai satu ancaman kepada demokrasi Malaysia.

"Saya akan mengarahkan semua tindakan wajar diambil untuk menyiasat (konspirasi itu). Undang-undang yang tegaskan akan dikenakan tanpa berkecuali kepada sesiapa yang didapati bersalah."


- astroawani

Doa Rasulullah Untuk Para Pemimpin



اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ.


“ Ya Allah , barangsiapa yang mengurus urusan umat ku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia, dan sesiapa yang menguruskan perkara umat ku, lalu dia mengasihi mereka, maka kasihilah dia.”
 
(Hadits Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/351, no. 3407). >>>>>>>"sesungguhnya selepasku ini akan adanye para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan monolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) . 

Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga) ''riwayat ahmad , an-nasai, dan at-tirmidzi. -hadis ini sahih seperti dinilai oleh al-albani.'' 

 YA ALLAH YA TUHAN KAMI - ENGKAU MAKBULKAN LAH DOA KAMI INI - AMIN YA RABBAL ALAMIN....

TERKINI !!!!!!! Governor Bank Negara menjadi sasaran seterusnya

 

Asia Sentinel pada semalam telah melaporkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansur sedang merangka perancangan untuk menyingkirkan Zeti Akhtar Aziz dari posisi gabenor bank negara. 

Maklumat katanya didapati dari sumber berpengaruh yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Laporan tersebut menyebut ; 

1. Rosmah marah dengan kebocoran maklumat berkenaan account banknya dan mengenai kemasukkan wang ke dalam account peribadinya. 

2. Sekaligus cakap2 mengenai gaya hidup dan perbelanjaan mewahnya menjadi sasaran rakyat dan menjejaskan persepsi terhadap pentadbiran Najib. 

3. Susulan dari penyebaran tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi account banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam. 

4. Zeti enggan melayan permintaan Rosmah dan sejak itu Zeti dijadikan target untuk dijatuhkan. 

5. Selain itu, isu mengenai siasatan 1MDB juga menjadi antara punca kenapa Zeti perlu disingkirkan menurut sumber. 


6. Ini kerana Zeti akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi2 yang melibatkan syarikat2 yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas. Zeti dikatakan akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media. 

7. Perkara inilah yang merisaukan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat sewenang2nya apatah lagi tidak pula Zeti mahu berkompromi dengan sesiapa demi pertahankan kedudukannya. 

8. Pada tahun 2009, Najib meluluskan satu usul yang mana bank negara dikecualikan dari terlibat dengan sebarang tekanan/pengaruh politik ini termasuklan soal perlantikan ke atas jawatan tertinggi. 

9. Cadangan ini dikemukakan oleh Zeti atas alasan bagi memastikan bank negara bersikap telus dan bebas dari sebarang unsur2 politism dalam mengambil atau membuat sebarang keputusan. 

10. Jawatan gabenor bank negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh agung semata2nya. 

11. Agong (dari Kedah) dilaporkan berkata kepada Mahathir bahawa dia bersikap berkecuali dan tidak mahu melibatkan diri dan biarkan undang2 menjalankan prosesnya. 

12. Selepas seketika muncul satu blog yang memaparkan artikel kononnya Zeti terlibat dalam skandal. Dipercayai berkaitan Rosmah Mansur. 

13. Blog tersebut menamakan Zeti telah menggunakan kedudukannya untuk memperolehi tender berkaitan kementerian pendidikan mengenai pembekalan air. Tender tersebut diserahkan kepada syarikat yang berkaitan suami dan anak2 Zeti. 

14. Selain itu, dilaporkan suami Zeti telah memperolehi komisen yang sangat tinggi dalam 'bank deal' sebagai third party antara pihak bank dengan pelabur. Suami Zeti, Tawfiq Ayman mengambil manfaat kedudukan Zeti untuk memperolehi maklumat dalaman yang kemudiannya digunakan untuk menjayakan perjanjian perniagaan tersebut. 

15. Suami Zeti agak goyang dengan perkembangan terbaru ini. 

16. Sumber Asia Sentinel juga berkata agak sukar untuk menjatuhkan Zeti dari kedudukannya memandangkan Zeti bukan sahaja diakui berkredibliti dan berkeupayaan mentadbir kewangan dalam negara bahkan turut diiktirafkan di pentas antarabangsa. 

17. Zeti telah berkhidmat dalam dunia perbankan selama 36 tahun dan mula diangkat sebagai gabenor pada tahun 2000. 

18. Pada tahun 2009, bakat dan keupayaan Zeti diiktirafkan menerusi pentas antarabangsa menerusi award antara ketua (gabenor) bank negara terbaik dunia dan terus menerima pengiktirafan yang lebih kurang pada tahun2 selepasnya. 

19. Melihat kepada ketokohan yang dimiliki Zeti, sumber memaklumkan kepada Asia Sentinel, rakyat mungkin tidak akan mempercayai dakwaan terhadap keluarga Zeti yang tersebar menerusi blog.


Baca lagi amenoworld

Apabila Wakil Tuhan berkata2.. Remind kembali (flashback)

Governor Bank Negara menjadi sasaran seterusnya Asia Sentinel pada semalam telah melaporkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansur sedang merangka perancangan untuk menyingkirkan Zeti Akhtar Aziz dari posisi gabenor bank negara. Maklumat katanya didapati dari sumber berpengaruh yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Laporan tersebut menyebut ; 1. Rosmah marah dengan kebocoran maklumat berkenaan account banknya dan mengenai kemasukkan wang ke dalam account peribadinya. 2. Sekaligus cakap2 mengenai gaya hidup dan perbelanjaan mewahnya menjadi sasaran rakyat dan menjejaskan persepsi terhadap pentadbiran Najib. 3. Susulan dari penyebaran tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi account banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam. 4. Zeti enggan melayan permintaan Rosmah dan sejak itu Zeti dijadikan target untuk dijatuhkan. 5. Selain itu, isu mengenai siasatan 1MDB juga menjadi antara punca kenapa Zeti perlu disingkirkan menurut sumber. 6. Ini kerana Zeti akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi2 yang melibatkan syarikat2 yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas. Zeti dikatakan akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media. 7. Perkara inilah yang merisaukan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat sewenang2nya apatah lagi tidak pula Zeti mahu berkompromi dengan sesiapa demi pertahankan kedudukannya. 8. Pada tahun 2009, Najib meluluskan satu usul yang mana bank negara dikecualikan dari terlibat dengan sebarang tekanan/pengaruh politik ini termasuklan soal perlantikan ke atas jawatan tertinggi. 9. Cadangan ini dikemukakan oleh Zeti atas alasan bagi memastikan bank negara bersikap telus dan bebas dari sebarang unsur2 politism dalam mengambil atau membuat sebarang keputusan. 10. Jawatan gabenor bank negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh agung semata2nya. 11. Agong (dari Kedah) dilaporkan berkata kepada Mahathir bahawa dia bersikap berkecuali dan tidak mahu melibatkan diri dan biarkan undang2 menjalankan prosesnya. 12. Selepas seketika muncul satu blog yang memaparkan artikel kononnya Zeti terlibat dalam skandal. Dipercayai berkaitan Rosmah Mansur. 13. Blog tersebut menamakan Zeti telah menggunakan kedudukannya untuk memperolehi tender berkaitan kementerian pendidikan mengenai pembekalan air. Tender tersebut diserahkan kepada syarikat yang berkaitan suami dan anak2 Zeti. 14. Selain itu, dilaporkan suami Zeti telah memperolehi komisen yang sangat tinggi dalam 'bank deal' sebagai third party antara pihak bank dengan pelabur. Suami Zeti, Tawfiq Ayman mengambil manfaat kedudukan Zeti untuk memperolehi maklumat dalaman yang kemudiannya digunakan untuk menjayakan perjanjian perniagaan tersebut. 15. Suami Zeti agak goyang dengan perkembangan terbaru ini. 16. Sumber Asia Sentinel juga berkata agak sukar untuk menjatuhkan Zeti dari kedudukannya memandangkan Zeti bukan sahaja diakui berkredibliti dan berkeupayaan mentadbir kewangan dalam negara bahkan turut diiktirafkan di pentas antarabangsa. 17. Zeti telah berkhidmat dalam dunia perbankan selama 36 tahun dan mula diangkat sebagai gabenor pada tahun 2000. 18. Pada tahun 2009, bakat dan keupayaan Zeti diiktirafkan menerusi pentas antarabangsa menerusi award antara ketua (gabenor) bank negara terbaik dunia dan terus menerima pengiktirafan yang lebih kurang pada tahun2 selepasnya. 19. Melihat kepada ketokohan yang dimiliki Zeti, sumber memaklumkan kepada Asia Sentinel, rakyat mungkin tidak akan mempercayai dakwaan terhadap keluarga Zeti yang tersebar menerusi blog. Baca lagi amenoworld

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Muhyiddin Khianati UMNO, Lepas Ni Mukhriz Pula? -DS Azalina Othman Said Posted by Ibnu Hasyim




Menteri yang baru dilantik semula ke Kabinet, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar kanan) berkata, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianat kepada parti.

Laporan Berita Harian menyebut, menteri di jabatan perdana menteri itu turut kecewa kerana Muhyiddin terus mempertikaikan perdana menteri dalam isu 1MDB.

Pemimpin Umno Johor itu mengulas video menunjukkan Muhyiddin menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi.

“Saya tidak faham, siang kata hendak beri sokongan padu, malam keluar video. Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...
“Apa salahnya?,” kata Azalina seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.

Lainlah jika wang yang disimpan dalam akaun itu adalah untuk parti atau badan lain.



“Kecuali orang kata 'Datuk, saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO,' saya kena ikut cakap penderma.
“Dalam isu duit (RM2.6 bilion), saya tidak melihatnya sebagai isu besar... bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya.

MP Pengerang itu seterusnya menegaskan, Muhyiddin tidak kebal dari tindakan disiplin parti, termasuk pemecatan sekiranya khianat kepada Umno. Bagaimanapun, Azalina berkata beliau tidak dapat menentukan jika tindakan Muhyiddin setakat ini merupakan perbuatan khianat.

“Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat.


“Saya tidak tahu lagi (sama ada Mukhriz mengkhianati parti), tidak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tidak tahu,” katanya lagi. (Mk)
Mafiaboss Melayu's photo.

Negara kita telah terlalu rendah kredibiliti institusi demokrasi dan penguatkuasaan undang-undangnya sejak pencabulan Badan Kehakiman dan Perundangan dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang. 

Banyak kesalahan yang dihadapi oleh pimpinan kita terlalu nyata tetapi tidak mampu diketengahkan kerana kekuasaan politik yang begitu mencengkam.

Selama ini rakyat hanya memerhatikannya sahaja. Segala bukti-bukti di sorokkan oleh pengamal undang-undang di Jabatan kehakiman dan Jabatan Perundangan itu sendiri. Immuniti yang ada kepada pemimpin politik terlalu besar, malahan lebih besar dari immuniti yang ada kepada Raja-Raja Melayu kita.


(Kredit to: Sdr Aspan Alias)

Najib Puji Hadi Sebab Buat Penilaian Yang Betul Tentang Dirinya

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana boleh membuat "penilaian yang betul" berhubung dakwaan terhadap dirinya dan 1MDB.

Ini kerana, kata Najib, dalam isu 1MDB seseorang yang beragama Islam perlu memegang prinsip mencari kebenaran sebelum menuduh seseorang bersalah.

"Sebagai orang yang berpegang pada agama, kita mesti pegang prinsip mencari kebenaran. Kita mesti pegang prinsip tiada sesiapa bersalah selagi tak terbukti kesalahannya.

"Sebab itu saya nak puji Presiden PAS," katanya.

Menurut Najib, walaupun kedua-dua mereka bersaing kerana perbezaan politik, mereka bersependapat bahawa tiada sesiapa boleh dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan.

"Ini presiden PAS (yang) cakap. Presiden PAS pun boleh buat penilaian," katanya ketika berucap di sebuah majlis di Putrajaya hari ini.


- mkini

PM Najib Tidak Lah Sezalim Pemimpin2 Terdahulu ?

Chuleed Yusri Yk's photo.
Aku tidak meletakkan semua kesalahan atas bahu najib....susah aku nk menganggap dia sebagai seorg pemimpin yg korup dan zalim kepada rakyat..

Sebaliknya sezalim2 najib....zalim lagi puak 47% yang meletakkan dia disinggahsana kuasa....lebih zalim dan kejam lagi pemimpin2 terdahulu yg mendidik najib cara memusnahkan negara...

TMJ - "Siapa Saja Yang Melindungi Perasuah, Dianggap Tiada "Harga Diri." ??

Sokongan kepada perasuah akan merendahkan diri sendiri-TMJ 
 
FMT Reporters


TMJ menjadikan dunia bola sepak dan persatuan berkaitan sebagai pelambangan berleluasanya gejala rasuah

TMJ

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulangi ketegasan beliau terhadap gejala rasuah.

Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, beliau menjadikan dunia bola sepak dan persatuan berkaitan sebagai pelambangan berleluasanya gejala rasuah.

Jelasnya, sokongan kepada mereka yang bergelumang dengan rasuah hanya akan merendahkan moral mereka yang berkenaan.

“Saya tidak akan sekali-kali menyokong seseorang di dalam FAM atau mana-mana organisasi yang korup.
Sekiranya kita tetap memberikan sokongan kepada mereka yang kita tahu sememangnya korup demi kepentingan diri, itu menunjukkan betapa rendahnya harga diri dan maruah kita,” katanya.

Manakala dalam status lain yang dimuat naik sebelum itu, TMJ menegaskan pendirian beliau terhadap keburukan gejala rasuah.

Katanya, kuasa yang dimiliki seseorang itu tidak akan menjadikan dirinya seorang perasuah, namun akibat takut kehilangan kuasa dan sifat tamak membuatkan mereka bergelumang dengan korupsi.

“Saya tidak sanggup menerima betapa hipokritnya keadaan. Mencegah korupsi bukan sahaja baik, tetapi ianya sebagai benteng diri, ianya mencerminkan harga diri kita,” katanya.-

PKR dakwa Anwar tahu lebih awal Muhyiddin akan dipecat FMT Reporters


Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar memaklumkan perkara itu kepadanya ketika melawat Ketua Umum PKR di Penjara Sungai Buloh pada 24 Julai lalu.

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah tahu lebih awal Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Anwar telah memberitahunya “sesuatu yang besar akan berlaku dalam masa terdekat ini”.

Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar memaklumkan perkara itu kepadanya ketika melawat Ketua Umum PKR di Penjara Sungai Buloh pada 24 Julai lalu.

muhyiddin-yassin

Media rasmi kerajaan Selangor, Selangor Kini melaporkan, Azmin dan Naib Presiden PKR, Tian Chua, juga telah mengulangi ‘sesuatu perkara besar akan berlaku dalam masa terdekat’ ketika berucap dalam program Jelajah Amanat Presiden di Kuala Selangor pada 24 Julai lalu.

Tian Chua mengaku perkara besar yang dimaksudkan olehnya dan Azmin dalam program itu melibatkan pemecatan Muhyiddin.

“Ya, memang ini yang kami maksudkan masa itu (Jelajah Amanat Presiden). perpecahan dalam UMNO akan menyebabkan sama ada Muhyiddin dilucutkan atau Najib sendiri disingkir.

“Kita dah pantau keadaan ini agak lama dan dalam isu 1MDB terdapat suara berbeza dikeluarkan pemimpin UMNO.

“Kita juga lihat tingkah laku Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ‘mengambil’ orang tertentu ketika siasatan yang menyulitkan lagi situasi Najib,” kata Tian Chua yang dipetik Selangor Kini.

Peguam Negara jawab ‘Draf pendakwaan terhadap Najib’ FMT Reporters

 
apandi-najib

Mustahil kertas tuduhan disiapkan lebih awal kerana siasatan Pasukan Petugas Khas belum selesai.

PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan deraf pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan Sarawak Report dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Katanya, format deraf pendakwaan itu adalah salah dan tidak ditulis oleh peguam Pejabat Peguam Negara.
“Siasatan Pasukan Petugas Khas masih belum selesai sepenuhnya. Adalah mustahil kertas pertuduhan itu disiapkan lebih awal,” katanya dalam kenyataan media.

Apandi berkata, perbuatan itu merupakan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan mengaitkan beliau dengan jenayah dengan mereka-reka kemudian membocorkannya.

Katanya, perbuatan itu mengancam demokrasi di negara ini dan beliau akan mengarahkan siasatan dijalankan.

“Tiada sesiapapun akan terkecuali daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah,” katanya.

Shahbudin: ‘Why wait Najib? Swear on the Quran on RM2.6b’ Joe Fernandez




In the Altantuya case, Najib was willing to swear on the Quran, but not on the RM2.6 billion scandal.
najib,swear

KUALA LUMPUR: A political analyst has pointed out that if Prime Minister Najib Abdul Razak, in shades of Altantuya, goes to the nearest mosque as his best option, holds the Quran, and swears in the name of Allah that RM2.6 billion never entered his personal banking accounts, as alleged by the Wall Street Journal on Friday 3 July, the video recording of it would go viral in the social media even if not in his favour. “It would not prove that he was really innocent of the allegations.”

Again, swearing on the Quran in the nearest mosque, although the jury is still out on taking such a step, would be the strongest propaganda tool in Najib’s arsenal. “So, why isn‘t he doing it?”

“What are you waiting for Najib?” asked Shahbudin Husin. “Show your bravery.”

“The RM2.6 billion issue, notwithstanding swearing on the Quran, would not only have to be settled in the Court of Law but also in the Court of Public Opinion,” said the analyst in his latest blog posting. “The people would be watching the special Task Force probing the RM2.6 billion and 1MDB scandals.”

The analyst was commenting on the fact that sacked Deputy Prime Minister, Muhyiddin Yassin, who remains Umno Deputy President, was winning in the war of public perception following a video on the RM2.6 billion scandal going viral. “The video claims that Muhyiddin confronted Najib on the RM2.6 billion, the latter admitted receiving the monies, according to him from the Middle East, but he remained silent when asked why the monies entered his personal accounts.”

The video is strengthened by the fact, said the analyst, that it relates a discussion on the RM2.6 billion between Muhyiddin, Kedah Menteri Besar Mukhriz Mahathir and former Federal Minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir. “Not only did Muhyiddin confront Najib on the issue, he related the incident to two other senior politicians, one from Umno and one ex-Umno.”

“They are witnesses.”

Ahmad Maslan’s dismissal of the video, said the analyst, provides material for laughter. “It’s true that the bank accounts are Najib’s personal accounts. However, the public have a right to know from where he got the RM2.6 billion.”

“So far, Najib has not denied the WSJ report. He merely repeated ad nauseam that he never took any monies for personal use or gain, that he would never betray the people and that if he stole government monies, he would not be so stupid as to keep them in his personal accounts in the country.”
 

Still, the analyst does not see any immediate prospect of Najib turning up at the nearest mosque on the RM2.6 scandal. “In the case of the Altantuya killing, which was linked to him, Najib was brave enough to swear on the Quran that he did not know ‘that Mongolian woman’.”

Najib, by right, should once again turn up at the nearest mosque on the RM2.6 billion scandal to help revive public confidence in him, the government and Umno, added Shahbudin. “Although swearing in this manner can be disputed from the religious angle, and even dismissed as unnecessary, it would at least show that 

Najib was brave and pushing for the truth. It would give Umno cybertroopers an opportunity to explain the controversies bogging down his administration.”

If Najib can swear on the Quran in the case of Altantuya, reiterated the analyst, it can be asked why he was not willing to do the same in the case of the RM2.6 billion allegation. “In Altantuya’s case, he swore while the case was going on, in a bid to persuade the public who were convinced that he had something to do with the murdered woman.”

Tun Mahathir Tiba Tiba Jadi Takut Nak Bangkitkan Isu 1MDB ??

Komen 1MDB jadi satu jenayah-Tun M

mahathir
Bekas Perdana Menteri menjawab teka teki kenapa beliau mengambil pendekatan berdiam diri berhubung skandal 1MDB.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas sebarang perkara berkaitan mengenai 1MDB kerana ia boleh dianggap satu jenayah sekirangnya membangkitkan isu itu.

Kenyataan itu diberikan selepas beliau dilihat mengambil pendekatan berdiam diri terhadap isu yang pernah dibangkitkannya sebelum ini.

“Saya tidak boleh menjawab sebarang soalan mengenai 1MDB sekarang kerana ia menjadi satu jenayah bercakap mengenai 1MDB,” katanya ketika ditanya wartawan selepas menghadiri satu majlis di ibu negara.

Ia kenyataan pertama yang terpacul daripada mulut beliau selepas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam rombakan yang dibuat pada Selasa lalu, Najib menjelaskan tindakan itu dibuat selepas Muhyiddin mempersoalkan pembabitannya secara terbuka dengan skandal itu.

Sebelum ini, Dr Mahathir secara lantang mengkritik kerajaan berhubung skandal yang berlaku dalam syarikat pelaburan milik negara itu.

Bahkan beliau mendesak Najib yang juga Pengerusi Lembaganya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 1MDB terjebak dengan masalah hutang yang membebankan negara.

Sokongan Terhadap Tan Sri Muhyuddin Melimpah ? - Petanda Ahli Umno Akan Memberontak?

 

"Tak mengapa, tunggu sehingga Ahad ini apabila Muhyiddin datang. Saya juga akan berucap dalam majlis itu," katanya.

Bekas timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran itu dijadualkan akan merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kluang pada Ahad ini di Dewan Jubli Intan.

Muhyiddin sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno Raub pada 15 Ogos tetapi bahagian tersebut membatalkannya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan Kabinet.

Umno Bahagian Batu Gajah dan Ipoh Barat juga membatalkan jemputan mereka terhadap Shafie yang dijadualkan merasmikan mesyuarat mereka minggu ini.

Sementara itu, seorang jurucakap Umno Johor berkata langkah meneruskan program bersama Muhyiddin tidak salah memandangkan masih memegang jawatan timbalan presiden.

"Tan Sri Muhyiddin masih pemimpin kami, beliau masih timbalan presiden. Lagipun kami sudah menjemputnya sebelum berlaku kemelut rombakan Kabinet baharu ini. Adakah salah kami menjemput pemimpin utama Umno?" katanya dengan syarat tidak dinamakan.

Selain Kluang, Muhyiddin juga bakal merasmikan Umno Bahagian Kemaman, tempat bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang pernah bersengketa dengan Najib semasa penggugurannya baru-baru ini.

Pegawai khas Muhyiddin juga sudah mengesahkan jemputan tersebut, bagaimanapun tarikh dan tempatnya masih belum diputuskan lagi.

Sementara itu, Shafie juga akan meneruskan programnya merasmikan Mesyuarat Sayap-Sayap Umno Bahagian Hulu Selangor yang akan diadakan di IKBN Pertak, Kuala Kubu Baru, Selangor.

Seorang jurucakap bahagian itu mengesahkan program bersama Shafie akan diteruskan.

"Program bersama Datuk Seri Shafie diteruskan, kami sudah buat persediaan sejak awal lagi dan tidak baik jika batalkan saat akhir," kata sumber tersebut.

Katanya, langkah meneruskan program tersebut tidak perlu dijadikan isu besar kerana keesokannya Najib juga akan hadir untuk merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Hulu Selangor.

" Tidak ada isu besar, bagi kami kedua-dua mereka masih pemimpin utama Umno," katanya.

Seorang pemerhati politik dan juga ahli Umno, Shahbudin Husin menjangkakan sebarang program yang dihadiri Muhyiddin dan Shafie bakal panas, kemungkinan episod sama semasa ucapan perasmian bahagian Cheras bakal berulang.

Dalam mesyuarat Umno Cheras Ahad lepas Muhyiddin mengkritik syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat diasaskan Najib.

Spekulasi mengatakan Muhyiddin dan Shafie yang turut lantang mengkritik 1MDB, digugurkan daripada Kabinet disebabkan tindakan mereka itu.

"Sebarang program parti yang dihadiri Muhyiddin dan Shafie pasti akan panas. Akar umbi pasti mahu mendengar sendiri daripada mulut kedua-dua pemimpin yang tersingkir daripada Kabinet Najib," katanya kepada The Malaysian Insider.

Shahbudin tidak menolak kedua-duanya akan terus mengkritik Najib, menambahkan perpecahan dalam Umno.

"Kalau semasa perasmian Umno Cheras sudah hangat, saya jangka ia pasti akan bertambah kontroversi selepas ini," katanya.

PM Britain bimbangkan Anwar, kata Azmin





Perdana Menteri Britain David Cameron menyatakan kebimbangan terhadap keadaan bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata Cameron juga menyatakan perkara itu dan kebimbangan lain kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Cameron beritahu saya bahawa beliau telah bangkitkan beberapa isu kepada Najib dalam pertemuan mereka hari ini.

“Ini termasuk kebimbangan berkaitan Anwar, dan Cemeron berkata beliau (Anwar) harus diberikan rawatan perubatan, capaian kepada buku-buku dan rawatan sesuai,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke sebuah acara di Kuala Lumpur malam ini.

Cameron juga mengadakan pertemuan peribadi dengan Azmin.

- mkini