Friday, July 31, 2015

Mafiaboss Melayu's photo.

Negara kita telah terlalu rendah kredibiliti institusi demokrasi dan penguatkuasaan undang-undangnya sejak pencabulan Badan Kehakiman dan Perundangan dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang. 

Banyak kesalahan yang dihadapi oleh pimpinan kita terlalu nyata tetapi tidak mampu diketengahkan kerana kekuasaan politik yang begitu mencengkam.

Selama ini rakyat hanya memerhatikannya sahaja. Segala bukti-bukti di sorokkan oleh pengamal undang-undang di Jabatan kehakiman dan Jabatan Perundangan itu sendiri. Immuniti yang ada kepada pemimpin politik terlalu besar, malahan lebih besar dari immuniti yang ada kepada Raja-Raja Melayu kita.


(Kredit to: Sdr Aspan Alias)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.