Friday, July 31, 2015

Peguam Negara jawab ‘Draf pendakwaan terhadap Najib’ FMT Reporters

 
apandi-najib

Mustahil kertas tuduhan disiapkan lebih awal kerana siasatan Pasukan Petugas Khas belum selesai.

PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan deraf pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan Sarawak Report dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Katanya, format deraf pendakwaan itu adalah salah dan tidak ditulis oleh peguam Pejabat Peguam Negara.
“Siasatan Pasukan Petugas Khas masih belum selesai sepenuhnya. Adalah mustahil kertas pertuduhan itu disiapkan lebih awal,” katanya dalam kenyataan media.

Apandi berkata, perbuatan itu merupakan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan mengaitkan beliau dengan jenayah dengan mereka-reka kemudian membocorkannya.

Katanya, perbuatan itu mengancam demokrasi di negara ini dan beliau akan mengarahkan siasatan dijalankan.

“Tiada sesiapapun akan terkecuali daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.