Wednesday, April 1, 2015

Zunar dijangka dituduh menghasut Jumaat ini

   

Kartunis politik Zunar dijangka didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan, Jumaat ini.

Zunar berkata, ia berkaitan posting twitternya yang mengkritik mahkamah berhubung hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lepas.

Dalam satu kenyataannya, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ul Haque berkata beliau baru dimaklum oleh peguamnya mengenai perkara itu.

Zunar dijangka didakwa di bawah seksyen 4 (1) C Akta Hasutan yang membawa hukuman maksima tiga tahun penjara dan denda RM5000 atau kedua-duanya.

Sebelum ini, kata Zunar, beliau telah ditahan selama tiga hari berhubung kes yang sama.

Menurutnya lagi, ketika dalam tahanan, polis juga membuka kertas siasatan mengenai dua bukunya yang bertajuk "Pirate of Carry BN" dan "Conspiracy to Imprison Anwar".

Zunar berkata, perjuangan melalui kartun' akan diteruskan dan beliau akan melukis hingga ke titisan dakwat terakhir.  



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.