Thursday, April 2, 2015

KES ALTANTUYA : 'Bebaskan Razak cemar Jabatan Peguam Negara'


 

Dua ahli parlimen tidak berpuas hati dengan penjelasan kerajaan mengapa pembebasan Abdul Razak Abdullah Baginda, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu, tidak dirayu.

Dua wakil rakyat daripada DAP dan PAS menyatakan penjelasan Nancy Shukri, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Isnin lalu "tidak memuaskan."

Dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping), menteri undang-undang berkata kerajaan tidak merayu kes Razak kerana tiada keterangan kukuh bagi membuktikan penglibatan penganalisis politik itu.

Keputusan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu dibuat selepas "kajian mendalam" dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara, tambah Nancy.

Dalam sidang media hari ini, Nga berkata jawapan rasmi itu "pelik, bercanggahan, separuh masak dan perlukan penjelasan lagi."

"Jika 'tidak cukup bukti' dalam kes ini, kenapa Jabatan Peguam Negara (asalnya) memutuskan untuk mendakwa Razak bersubahat," katanya.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), di sidang media yang sama, berkata penjelasan sebenar untuk membebaskan Razak itu penting demi berlaku adil kepada keluarga Altantuya, yang dibunuh pada 2006.

Nga pula berkata keputusan tidak merayu pembebasan Razak itu telah menjejaskan nama baik Jabatan Peguam Negara.





Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.