Saturday, April 4, 2015

MP: GST M'sia bercanggah dengan tujuannya

 
 

Kenyataan perdana menteri bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Malaysia paling banyak pengecualian di dunia ini didakwa bercanggah dengan prinsip kesederhanaan pelaksanaan cukai itu.

“Jaminan itu bercanggah sepenuhnya dan ironinya membuktikan Malaysia masih tidak sedia melaksanakan GST,” kata anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Pua berkata senarai panjang barangan berkadar sifar dan dikecualikan menjadikan cukai itu tidak berkesan.

Katanya, ia bercanggah dengan tujuannya untuk untuk menjadi cukai yang berkesan kerana kesederhanaannya.

“(Datuk Seri) Najib Razak, yang juga memegang jawatan menteri kewangan, gagal mengenal pasti fakta bahawa GST lebih berkesan kerana kesederhanaan dan sifar universal cukai itu.

“Ini bermakna cukai GST berkesan kerana ia mengenakan bayaran satu kadar cukai kepada semua barang.

“Hasilnya sebuah sistem cukai yang mudah difahami, mudah dilaksanakan dan murah untuk ditadbir,” katanya.









Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.