Saturday, April 4, 2015

Mawan: Mahathir ada 'bola kristal' sendiri

   

Seorang menteri kanan Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom menyifatkan kecaman bekas Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai “hobi” tokoh politik itu.

“Bekas perdana menteri itu sudah mengulas perlabagai perkara berhubung pentadbiran Najib sama ada menyebelahi atau tidak menyebelahinya.

“Mungkin ini hobinya,” kata Mawan (kiri), menteri pembangunan sosial negeri.

Dalam sidang medianya, Mawan, presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), berkata Mahathir berhak mengkritik Najib kerana mempunyai “bola kristal” (tilik nasib) sendiri.

“Saya sangat hormat padanya. Tetapi jangan pula kita menjadi nujum. Semua orang akan terkesan dengannya.

“Kita tidak patut harapkan perkara buruk berlaku pada diri kita. Kita mahukan perkara yang baik, berita baik,” katanya.

Beliau merujuk ramalan Mahathir bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Mawan berkata kerajaan tidak dapat menutup mulut orang ramai daripada mengkritik, terutamanya jika kritikan itu membina.

Mahathir semalam menulis di blog mengkritik pentadbiran Najib daripada pelbagai aspek.

Ia dilihat antara kecaman paling keras diajukan oleh bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Perkara itu termasuk membangkitkan persoalan berhubung pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, susulan reaksi Najib bahawa perkara itu “mengarut” sebelum ini.

Beliau juga mengulangi amaran bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib terus menerajui parti itu, selain terus mengasak itu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Mahathir juga berkata semua kaum tidak lagi berdiri di belakang pemimpin nombor satu negara. 



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.