Menurut Hishammuddin sampai kiamat tidak akan selesai untuk menjawab kritikan Tun M
PUTRAJAYA
:Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta supaya
kerajaan tidak melayan kritkan yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.Jelasnya, perkara yang dibangkitkan terhadap kepimpian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO tidak akan berkesudahan.
“Sampai kiamat pun tidak akan selesai,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan memberi amaran kepada Dr Mahathir berkenaan kritikannya yang terbuka kerana memberi kesan kepada parti dan pimpinan negara.
“Nak melayani setiap tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pimpinan negara saya sebut hari itu supaya jangan sampai jejaskan kepimpinan, jangan sampai jejaskan parti, jangan sampai jejaskan pentadbiran negara,” tegasnya.
Menurut Hishammuddin, apa yang penting sekarang adalah bersatu padu dan melihat ke hadapan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.