Saturday, January 17, 2015

Polis Siasat Wakil Rakyat DAP Pertikai Subjek Tamadun Islam

Wakil rakyat DAP Ko Chung Sen hari ini dipanggil untuk disoal siasat oleh polis Bukit Aman bawah Akta Hasutan 1946 ekoran kenyataannya berkaitan mata pelajaran Tamadun Islam di universiti.

Anggota parlimen Kampar itu ditemani oleh peguam Gobind Singh Deo.

Bercakap kepadaMalaysiakini, Gobind mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sengaja mensensasikan isu itu.

“Sebenarnya tiada apa-apa pun.

“Kami akan tentang pendakwaan terhadap Ko,” kata Gobind, yang juga anggota parlimen Puchong.

Pada Sabtu, Khalid memuat naik dua keping gambar menyebut kenyataan mereka perlu disiasat bawah Akta Hasutan.

Selain Ko, ketua polis juga merujuk kepada tulisan peguam Eric Paulsen yang mengkritik Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang didakwa mempromosi ekstremisme setiap Jumaat.

Paulsen ditahan pada Isnin dan direman selama 48 jam.

 
  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.