Seremban: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri
Rohani Abdul Karim melahirkan kekecewaan terhadap selebriti terkenal,
Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 35, yang mengeluarkan kenyataan
menerusi Instagram miliknya, kelmarin, apabila membuat perbandingan
antara Malaysia dan Australia dalam saluran bantuan kepada orang
kelainan upaya (OKU).
Kenyataan itu dipaparkan Wardina berhubung penemuan seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu, sekali gus menggemparkan negara.
Dalam kenyataan itu, Wardina mendakwa kerajaan mengabaikan kebajikan OKU, tidak seperti Australia yang menyalurkan bantuan bulanan tinggi kepada ibu bapa kanak-kanak, malah disuruh berhenti kerja bagi memberi fokus menjaga anak mereka.
Rohani berkata, kenyataan terbabit tidak berasas sama sekali kerana pihaknya sangat mementingkan kebajikan golongan berkenaan dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.
“Penemuan adik Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ ditemui Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman yang mewakili kerajaan Malaysia.
“Lihatlah selepas empat hari penemuan remaja itu, dia dibantu dan dibela kerana pihak kami sangat mementingkan kebajikan OKU,” katanya dalam sidang media selepas melawat Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.
Menurut Rohani, ibu remaja itu dikenali sebagai Lola, 40, tidak pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, malah tiada aduan diterima mengenai nasib malang remaja terbabit daripada jiran, penduduk setempat, pemimpin atau saudara mangsa.
Hmetro

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/06/menteri-frust-dengan-wardina.html#ixzz35grnPDXT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.