Thursday, June 26, 2014

AKHIRNYA MCA LAPAR JUGA DENGAN UMPAN NAJIB !!

 
HIDUP Melayu !!  Itu mukaddimah aku untuk MCA yang kalah teruk di dalam PRU 13 yang lalu dan pernah berjanji untuk tidak akan menerima sebarang jawatan di dalam kabinet kononnya bertanggungjawab sangat terhadap prestasi buruk mereka, akhirnya lembik tengkuk dan merasa 'lapar' jua.  
 
Di dalam Bn, siapa tidak tahu bahawa kuasa dan jawatan adalah segala-galanya.  

Najib pun tahu kelemahan anak-anak buahnya, tidak lebih dan tidak kurang sama seperti pencacai di akar umbi yang lain.  Jika untuk pencacai, beri saja BR1M maka tersedawa habis mereka dan lupa segala-galanya.  
 
Begitu jugalah dengan eksekutif di dalam MCA, nampak zahir saja seperti hebat dan bertanggungjawab dan berintegriti apabila berjanji dengan masyarakat Cina bahawa MCA tidak akan terima sebarang jawatan di dalam Kabinet jika MCA tewas teruk di dalam PRU 13.  
 
Alaahhh...semua ini di dalam poket Najib.  Akhirnya, umpan saja jawatan maka umpama ayam daging kelaparan ditabur dedak.

Rakyat di bawah melihat saja mereka diperbodohkan.  Hidup Melayu, pemimpin MCA jadi Menteri setelah merata-rata kelentong rakyat.  
 
Orang Melayu sudah lama kita tahu standard mereka, dan kali ini kaum Cina di dalam Bn pun semakin sampai ke tahap serendah pemikiran kaum Melayu di dalam parti keris telanjang tanpa sarung itu.  
 
Adakah kita jadi susah hati?  Tidak ada sebab mahu susah hati sebaliknya ini satu peluang kepada kita untuk memaklumkan kepada rakyat mainan politik Umno dan MCA ini.

Malaysia hebat bukan kerana ekonominya yang baik di dunia.  Malaysia tidak hebat sekiranya hanya berharap kepada seekor Panda yang disewa.  
 
Malaysia hebat kerana di antara ranking Menteri paling ramai dan Tuan Penasihat 20 persen kepada Najib paling ramai di dunia.  Itu lah hebatnya kita.
 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.