Thursday, June 26, 2014

Kekecohan dalam PKR kerana jawatan Menteri Besar

 

PANDANG TERUS                                                                           

Semalam sebuah setesen tv internet datang menemubual saya, perbicaraannya berkisar soal pemilihan dalam parti PKR yang kalut dan masih belum berakhir sampai kini. Tv itu mahu tahu pendapat saya kenapa sampai berlaku demikian, dan apakah kekecohan itu tidak memberi kesan kepada PKR sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada pucuk pimpinannya.
Wan Azizah MB Selangor?

Iya, saya juga naik hairan dan muak kenapa sampai begitu lama sekali masa diambil parti berkenaan untuk menyelesaikan pemilihan kepimpinan mereka. Dan kekecohan yang berlaku menampakkan seolah-olah PKR sebuah parti yang diuruskan oleh mereka yang tidak cukup pengalaman.

Apa yang berlaku, kata saya tetap memberi kesan kepada PKR, menyebabkan orang akan mempersoalkan standard atau pun kelas parti berkenaan. Setiap apa yang berlaku orang akan mengingatkan kepada peristiwa yang sering meletus dalam mesyuarat parti MIC sebelum ini. Mesyuarat MIC tidak akan sah kalau tidak berlaku baling kerusi atau pun tumbuk meja.

Politik baru yang dilaung-laungkan nampaknya tidak menjadi dan berjaya diangkat ke atas untuk menarik minat umum terhadap parti itu. Keadilan dengan amalan demokratik berlebihan telah memakan diri parti berkenaan. Mungkin belum sampai masanya parti berkenaan memberi peluang dan keadilan seluasnya kepada ahli parti kerana sebilangan mereka tidak menghargai erti keadilan dan demokrasi itu. Ahli tidak tahu dan bijak menggunakan hak mereka satu ahli satu suara.

Makanya untuk tidak menyerlahkan kelemahan, kekecohan yang berlaku ditunding kepada pihak luar. Memang ada elemen luar untuk mengkhianati parti berkenaan. Tetapi tanpa meletakkan campur tangan luar sebagai punca besar ia tidak betul. PKR kena mengakui apa yang berlaku disebabkan kelemahan dan kepincangan dalam parti itu.  Ahli juga gagal diberikan fokus sebenar untuk apa dan kenapa proses pemilihan pemimpin dibukkan demikian luas.

Bagi saya kekecohan dalam pemilihan dalam PKR kerana ia dieksploitasi ataupun diunsuri oleh elemen lain, gila dan tamak kuasa. Proses pemilihan itu dalam erti kaya lain membawa agenda tertentu. Dalam hal ini ialah perebutan jawatan nombor dua parti itu, iaitu timbalan presiden. Jawatan timbalan presidenlah menyebabkan parti menjadi kucar kacir dan hiru pikuk, riuh randah bagaikan Cina karam perahu atau India mabuk todi, atau Melayu bergaduh laki bini di waktu Maghrib.

Dalam PKR kini sudah terbelah kepada tiga kumpulan yang dibentuk oleh tiga calon yang merebut jawatan timbalan presiden itu. Satu kumpulan timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali yang mempertahankan jawatan. Dua kumpulan lagi dari calon penentang jawatan itu, itu Abdul Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution Ismail. Inilah kumpulan yang menjadikan pemilihan dalam PKR hebat dan geger gegak. Mereka bertiga perlu bertanggungjawab kalau berlaku apa-apa yang buruk kepada parti tersebut.

Seandainya parti hancur gara-gara itu, mereka perlu mengambil risiko dan jangan berhelah dengan mengatakan itulah demokrasi sebenarnya? Alasan-alasan bersifat "escape" tidak diperlukan lagi dalam realiti politik hari ini kerana sikap begitu dalah sikap pandir.

Perebutan jawatan itu menjadi ghairah kerana jawatan itu penting. Kenapa jawatan timbalan presiden penting ia cukup memberi signifiken kepada setiap calonnya. Bagi Azmin tentulah beliau hendak mengekalkan kedudukannya. Dengan kedudukan itu beliau boleh mencapai apa-apa hajat politik yang diingini. Sesuatu yang tidak dapat ditusuk selindung oleh Azmin ialah untuk menjadi MB Selangor.

Manakala begitu juga bagi Khalid. Dia memerlukan jawatan itu bagi mengekalkan kedudukannya, sebagai MB. Khalid faham bahawa kedudukannya kini terancam maka beliau memerlukan kuasa dan kedudukan untuk mengekalkannya. Pengaruh, pemujaan dan glamour jawatan MB sudah merasang nalurinya.

Khalid mungkin tidak begitu ghairah, tetapi penyokong 20 persennya menjadi benteng dan "anjing buruan" untuknya. Mereka inlah yang mengoborkan semangat Khalid dan memberi keyakinan kepada Khalid sehingga Khalid lupa siapa dirinya. Kegagatan dilupai terus apabila penyokongnya memuji suara Khalid semerdu suata P Ramlee. Mana pendokong ini pula sudah tidak tahu menilai mana yang lebih penting Khalid untuk dirinya, atau dirinya untuk parti.

Mereka ini sebenarnya hipkorit kononnya pertahankan Khalid demi rakyat dan negeri. Walhal mereka berbuat demikian demi survive mereka. Mereka tahu apa yang mereka untung dan perolehi kalau bos mereka kekal menjadi MB. Apa disebutkan Refomasi Tulen yang dijaja untuk pertahankan Khalid adalah palsu semata-mata. Mereka yang mempertahankan Khalid juga adalah mereka yang jahil dan tidak dapat membaca mesej pucuk pimpinan parti termasuk daripada Anwar Ibrahim yang tidak mahukan kepada Khalid kerana sebab-sebab yang sedia maklum.

Pengertian kenapa dibuat projek Kajang Move tidak dapat dihayati oleh ahli parti khasnya mereka yang terdodoi dengan nyayian pihak musuh yang mahu kekalkan Khalid kerana mereka tahu dengan adanya Khalid pintu rumah mudah dibuka. Setengah ahli parti juga tidak akur dengan kehendak parti dan lebih mempercayai godaan dari luar.

Manakala Saifuddin pula ada agendanya tersendiri. Kerana Saifuddin bukan Adun di Selangor, mustahil untuk beliau menjadi MB Selangor, maka beliau ada proksi untuk mengekalkan kedudukan atau melonjak dirinya ke atas. Awal-awal lagi Saifuddin sudah meletakkan dirinya di sebelah presiden, Dr Wan Azizah. Apa yang dapat dibaca di sini Saifuddin menjadikan Azizah sebagai prokasinya untuk menjadi MB. Hal ini dimanfaati sepenuhnya apabila usaha untuk menggantikan Anwar dengan Khalid terhalang, maka Azizah menjadi alternatif.

Sekiranya Azizah menjadi MB, Saifuddin akan mengutik banyak keuntungan. Dia sudah pasti akan menjadi orang penting dalam pejabat MB Selangor khasnya dalam menyusun parti dan kerajaan. Menjadi master mind dan king maker inilah yang disukai oleh Saifuddin. Untuk ini beliau sudah ada team tersendiri. Apa dinamakan gagasan anak muda adalah persediaan ke arah untuk beliau menguasai pmpimpinan dalam parti dengan menjadikan Azizah sebagai ibu politiknya.

Kesimpulannya perebutan dalam PKR disebabkan masing-masing inginkan kepada jawatan yang diindah dan dibilas di sebalik kata-kata dan komitmen atas nama mahukan perubahan, peralihan atau penyerapan idea baru demi menjana kemajuan dan pembagunan untuk rakyat. Semua itu adalah "belawak belaka". Pokok pangkalnya ialah kerana inginkan jawatan MB kerana jawatan itu cukup powerful dan berprestaj.

Perebutan jawatan dalam PKR tidak jadi sekecoh hari ini dan menjadi ikon kekalutan dalam PKR kalau aspirasi projek Kajang Move dihayati dan sudah lengsai. Malangnya projek itu gagal maka peluang masih terbuka untuk sesiapa menjadi MB Selangor. Natijahnya menyebabkan PKR menjadi kalut dan geger gegak.

Kalau boleh, bagi meredakan suasana dan membolehkan PKR kembali memantapkan diri, eloklah kalau Khalid insaf diri dengan segala macam tuntutan dan desakan yang dilakukan ke atasnya, dengan berundur secara terhormat. Khalid perlu berkorban kepada parti yang telah berkorban untuknya dengan melantik menjadi MB.

Dan tidak pula kalau Khalid berundur tempatnya diambil oleh Azmin. Sementara keadaan reda, bagilah kepada Dr Wan Azizah memimpin Selangor. Wan Azizah bukan saja boleh meredakan ledakan nafsu dalam PKR tetapi turut juga mengamankan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terutamanya Pas yang dilihat macam sering bermimpikan mahukan jawayan itu.

Sifat keibuan yang ada kepada Dr Wan Azizah mampu mengembalikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat seterus menjadikan Selangor sebagai negeri contoh dan disegani. [wm.kl.10:39 am 26/06/14]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.