Wednesday, April 2, 2014

Musa Hitam Dedah Pernah Jadi Mangsa Fitnah Seks ??

Photo: Wednesday, 2 April 2014.

Musa Hitam Dedah Pernah Jadi Mangsa Fitnah Seks ??

KOTA BHARU: Dakwaan Tun Musa Hitam bahawa beliau dituduh melakukan hubungan seks dengan budak seolah-olah mengulangi tragedi menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika itu mereka berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri. Masing-masing pernah menjadi timbalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Setiausaha PKR Terengganu, Rosli Abdullah berkata, cerita tuduhan seks yang menimpa Anwar dengan konspirasi liwat 1 dan II sebenarnya sudah kedengaran sejak 1980-an lagi.

Katanya, faktor tersebut antara yang disebut-sebut punca Musa meletak jawatan selepas berganding dengan Dr Mahathir, yang pernah dikenali dengan gelaran 2M.

“Cerita berkenaan sudah tersebar ketika itu. Ini seolah-olah dilihat antara senjata paling berkesan bagi melumpuhkan rakan sendiri dalam parti apabila tidak disukai,” katanya di sini.

Baru-baru ini ketika program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, Musa Hitam mendakwa pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.

“Dakwaan Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.

“Kalau saya lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan jenis dengan binatang...

“Orang lain yang kata itu, bukan Dr Mahathir. Orang itu yang kritik saya,” katanya malam 27 Mac lalu.

Turut menjadi panelis pada program itu ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, manakala moderator Prof Madya Dato’ Dr Mohamad Agus Yusof. Rosli berkata, tuduhan seks atau liwat cuba dihalalkan dalam Umno bagi menjatuhkan rakan sendiri yang dilihat ada potensi mencabar kedudukan ketua.

Ketika ditanya Dr Agus mengenai buku 50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM, Musa berkata, beliau tidak ada masa untuk membaca buku yang memaparkan politik kotor. (HD)

Posted by Jeebond BLM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.