Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersetuju dengan
penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata musuh sebenar calon PKR di
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah
daripada kalangan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang bercakaran
sesama sendiri.
Khalid mengakui beliau juga turut mempunyai ramai musuh politik dalam
PKR, tetapi menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam arena politik,
sama seperti parti politik lain di negara ini.
"Saya juga ramai mursuh, tetapi kita patut terima hakikat politik bahawa
ia bersifat dinamik, kalau kita melihat DAP, mereka juga mempunyai
pergelutan dalaman.
"PAS juga sama, termasuk Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) seperti
MCA, mereka masih lagi berusaha dalam proses pemulihan, dan MIC
kadang-kala berpecah kemudian bersatu, jadi semuanya sama," katanya
kepada media selepas program seni silat di Shah Alam, Selangor hari ini.
Khalid, yang mengumumkan akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden
PKR menjelang pemilihan parti yang akan datang, berkata beliau tidak
pernah mendengar mana-mana parti politik di dunia yang tidak mempunyai
pergelutan dalaman dan yang stabil sepanjang masa.
Semalam, Lim, merujuk kepada perbalahan di kalangan pemimpin
PKR,mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar
bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.
"Musuh sebenar di Kajang bukanlah daripada MCA atau Umno, tetapi
daripada dalam PKR dan Pakatan."Kemenangan 'simple majority' di Kajang
adalah kekalahan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.