Saturday, March 1, 2014

Ketua Wanita cawangan DIBUNUH


KOTA TINGGI  - Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semenchu, Zalifah Jamaluddin ditemui mati dipercayai dibunuh selepas disamun di kediamannya di sini hari ini.

Kejadian itu disedari anak mangsa yang datang ke rumahya di Blok 2, Felda berkenaan pada pukul 12.20 tengah hari setelah panggilannya tidak dijawab oleh ibunya.

Anak mangsa yang mengesyaki sesuatu berlaku setelah mendapati pintu dapur rumah terbuka dan keadaan rumah yang berselerak, menemukan mangsa terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik tidurnya sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman yang dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Beliau berkata, motif kejadian dan punca kematian sedang disiasat selain menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital.

"Dari segi luaran, tidak terdapat sebarang tanda-tanda luka, cedera atau sebarang serangan fizikal dilakukan terhadap mangsa," katanya.

Rahmat berkata, pihaknya mengesyaki kejadian itu ada kaitan dengan penagih dadah yang pernah dilaporkan kelihatan di kawasan tersebut.

"Kita sedang menyiasat barangan yang disamun dan anggaran kerugian yang dialami mangsa. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. -Utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.