Wednesday, October 2, 2013

Rancangan sulit pedaya rakyat didedahkan .. extra sulit ni ..



Hahahha maka riuh rendahlah satu kampung termasuk JKKK dan ahli totok UMNO kaler biru apabila BR1M seperti gula-gula Najib dan UMNO sebelum pilihanraya bakal dinaikkan jika BN menang ..
JKKK dan para totok kaler biru sanggup menyinsing lengan dan mengangkat kain semata-mata untuk melayu kononnya ..

Tapi apakan daya, selepas pilihanraya, satu demi satu mula menunjukkan simbol dacing yang senget .. bermula dengan kenaikan harga minyak disusuli kenaikan harga barang, harga rokok hahahha dan tungguuuuu akan ada macam-macam lagi akan naikk.

penburukonline.blogspot.com

Terbaru Mahathir bekas PM yang lama sekali menjadi PM dan sangat glamour dengan projek-projek mega berkata bahawa kerajaan tak perlu meneruskan projek BR1M takut-takut rakyat malas .. hahahhahaha

 
Si negarawan yang terbilang ni tak pula kata perkara seperti ini sebelum pilihanraya. Bravo .. bravo ... yang bodohnya sudah tentu penyokong tegar UMNO. Alahai ...


Tengok apa kata Mahathir ..

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.

"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.

"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.

Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.

"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.

Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.

Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama.


BERNAMA

Sekarang baru tau .. betapa bangsatnya permainan politik Mahathir dan UMNO. Kita nak tengok apa kata macai-macai blogger .. tang mana lagi depa nak spin ... spin jangan tak spin ... kargh tuih ...! 


PEN BUROK ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.