Pendaftar Pertubuhan (ROS) didapati gagal menggunakan kuasanya terhadap
90 pertubuhan walaupun sebelum ini begitu agresif mendisiplinkan DAP
dengan mendesak agar parti itu mengadakan pemilihan semula.
Pemeriksaan Jabatan Audit Negara terhadap fail yang disimpan agensi itu
di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang mendapati ia tidak pernah
mengeluarkan sebarang notis terhadap 90 pertubuhan yang masih belum
menyerahkan sebarang laporan kepadanya.
Fail itu meliputi fail 17 daripada 31 parti politik yang disenaraikan dalam pemeriksaan itu.
~malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.