Jenis Wakil Rakyat Kepala Bapak Dia!
Ketika parlimen bersidang, mereka di luar negara
Di luar Parlimen begitu lantang menentang
Masa pengundian di Parlimen mereka hilang!
Atas apa alasan sekali pun, adakah pengundi/rakyat akan memaafkan?
Yang menunaikan haji tu, takleh nak kata apalah sebab itu 'Rukun'
Di luar Parlimen begitu lantang menentang
Masa pengundian di Parlimen mereka hilang!
Atas apa alasan sekali pun, adakah pengundi/rakyat akan memaafkan?
Yang menunaikan haji tu, takleh nak kata apalah sebab itu 'Rukun'
MP Pakatan dibidas tak hadir pengundian PCA
Ada yang menulis di Twitter untuk meluahkan rasa tidak puas hati mengenainya perkara itu.
Paling ketara di kalangan yang tidak hadir semalam ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketiadaannya amat dirasai, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir untuk memastikan rang undang-undang itu diluluskan.
Turut tidak hadir ialah anak perempuan Anwar - Nurul Izzah - yang juga MP Lembah Pantai; MP Pandan Rafizi Ramli, Karpal Singh dari DAP dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santigo.
Anwar hari ini memberitahu pemberita bahawa beberapa MP, seperti Nurul dan Charles, telah ditugaskan oleh Pakatan Rakyat untuk ke Jepun berhubung rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), dan beliau juga dimaklumkan bahawa beberapa MP pergi menunaikan haji, termasuk Rafizi.
"Beberapa orang kembali selepas menemui Pope. Selebihnya, saya rasa urusesia sedang menyemak mereka yang tidak hadir (dan) apa sebabnya. Tetapi saya fikir secara umumnya jika anda lihat... 90 peratus sudah ada," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen.
Anwar telah dijemput bertemu dengan Pope Francis I di Rom.
Di Twitternya, Latheefa Koya dari PKR (kanan) mempertahankan Pakatan Rakyat, dengan berkata, sama ada mereka hadir atau tidak, rang undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Peluasan) 2013 akan diluluskan juga.
"(Adalah) kebudak-budakan untuk menegur MP PR (Pakatan) yang pergi mengerjakan haji - dan tidak hadir untuk (mengundi) rang undang-undang PCA. Fokus pada isu tersebut - jangan alih perhatian," katanya dalam tweet.
Sementara itu Ketua Whip PKR Azmin Ali berkata, rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari itu dengan diberi notis yang singkat.
Apa yang lebih penting, kata MP Gombak itu, ialah wakil rakyat pembangkang yang hadir telah berjuang habis-habisan menentang rang undang-undang tersebut. MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS (kanan) memberitahu Malaysiakini bahawa ahli parlimen berkenaan tidak menjangka perbahasan akan berlarutan hingga ke malam, jadi ramai yang mempunyai jadual lain untuk dipenuhi.
Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di Aceh, Indonesia, atas jemputan rasmi manakala MP Shah Alam, Khalid Samad berada di Australia.
Sementara itu, ketua whip DAP, Anthony Loke berkata, Karpal terpaksa meninggalkan Parlimen awal kerana dia kurang sihat, tetapi itu tidak bermakna beliau "tidak peduli".
Katanya, mereka hanya dimaklumkan mengenai bacaan kedua sehari sebelumnya, ketika ada yang sudah berada di luar negara, tetapi berkata mereka yang tinggal, telah menunggu hingga melepasi tengah malam untuk menentang pindaan tersebut.
Rang Undang-undang ini diluluskan pada jam 12.50 tengah malam, selepas hampir lapan jam perbahasan, dengan 115 undi BN menyokong dan 66 undi Pakatan menentangnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.