Friday, October 4, 2013

Lee Hwa Beng dipecat dari MCA ? OLEH RITA JONG

Photo: Lee Hwa Beng dipecat dari MCA ?

OLEH RITA JONG

October 04, 2013

Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Lee Hwa Beng (gambar) digugurkan dari parti itu kerana mengundang Penasihat DAP Lim Kit Siang melancarkan bukunya tahun lalu.

"Saya terkejut. Saya hanya mengetahui perkara tersebut petang ini dari rakan-rakan," katanya yang masih kabur dengan penjelasan itu.

"Saya pemimpin MCA pertama menjemput ahli parlimen pembangkang melancarkan buku. Ia tidak pernah berlaku dalam sejarah MCA," katanya.

Beliau kini sedang berusaha mencari maklumat lanjut punca digugurkan dan akan menemui media pada Jumaat.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang selama tiga penggal itu tertanya-tanya sebab beliau digugurkan kerana belum pernah menerima sebarang notis tindakan disiplin parti terhadapnya.

Lee telah menjemput Lim merasmikan buku “PKFZ: A Nation's Trust - Betrayed" yang menceritakan masalah projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider.

Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat turut hadir pada majlis itu.

Baru-baru ini Lee mengkritik kepimpinan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melalui akaun Twitternya @hwabeng.

Lee hari ini turut mengumukan melalui Twitter beliau telah digugurkan dari MCA.

"Dengarnya saya telah digugurkan dari MCA. Chua melihat saya sebagai ancaman sedangkan saya sendiri dipilih oleh perwakilan."

Lee akan menghadiri Perhimpunan Agung MCA sebagai perwakilan bahagian Kelana Jaya.

Lee pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang melihat kontroversi dalam projek PKFZ dan merupakan individu di sebalik jawatankuasa audit bebas yang mana penubuhannya diarahkan oleh Ong merupakan Menteri Pengangkutan pada masa itu.

Buku Lee “PKFZ: A Nation’s Trust - Betrayed” dilancarkan pada April menceritakan tentang PKFZ yang dimulakan pada 1997 turut mengandungi kisah pengalamannya mengendalikan LPK selama tiga tahun dan pembabitannya dalam siasatan kontroversi itu.

Projek yang dijangka menelan belanja sebanyak RM1.1 billion pada 1997 meningkat empat kali ganda menjadi RM4.6 billion pada 2007.

Audit dijalankan oleh firma perakaunan terkemuka PricewaterhouseCoopers mendapati kos keseluruhan termasuk faedah pembayaran semula boleh mencecah RM12.5 billion pada 2009. – 3 Oktober, 2013.

The Malaysian Insider.October 04, 2013

The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.