Tuesday, October 1, 2013

Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.

SAPA PERCAYA..... LAGI 3 JUMAAT..... HAHHAHAHA....
KUALA LUMPUR - 

Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan menafikan dakwaan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan menegaskan dakwaan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana akan memberi kesan kepada pihak lain.

Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kajian dibuat Ernst & Young yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.