Laporan Ketua Audit Negara 2012 merumuskan bahawa program Hadiah Anak
Masuk Universiti yang diperkenal Kerajaan Selangor adalah baik dan
mencapai sasaran.
Menurut laporan itu, audit yang dijalankan mendapati 87.8 peratus atau
sebahagian besar golongan sasar menerima manfaat dari program tersebut.
“Semakan audit mendapati prestasi Hadiah Pelajar Institut Pengajian
Tinggi (IPT) adalah baik kerana bilangan penerima wang bagi bulan Julai
2008 hingga 2012 adalah tinggi iaitu 32,130 (87.8%) daripada 36,000 yang
disasarkan.
“Maklumbalas yang diterima terhadap impak program ini kepada penerima
wang hadiah juga adalah menggalakkan,” kenyataan itu dipetik.
Program pemberian hadiah kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan
pelajaran ke universiti diperkenal Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
mulai 1 Julai 2008, kira-kira lima bulan mentadbir negeri itu selepas
menang Pilihan Raya Umum ke-12.
Bantuan tunai sebanyak RM1000 ini diberikan kepada mereka yang
ditawarkan menlanjutkan pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah
Sarjana Muda di IPT.
Dalam pada itu, Laporan Audit juga turut membuat beberapa syor bagi meningkatkan lagi kejayaan program ini.
Ianya termasuk soal dokumen pengesahan, senarai pihak yang dibenar
memperakui dokumen dan polisi bertulis untuk kelulusan permohonan secara
rayuan. ~harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.