ANALISIS
Walaupun ketiadaan wakil MCA dalam kabinet baru sudahpun dijangka,
tetapi pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu,
boleh menjadi permulaan tercetusnya kemelut baru dalam MCA.
Parti
komponen BN yang berasaskan kaum Cina itu bertanding di 37 kerusi
Parlimen dan 90 kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei
lalu, tetapi hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN.
Ekoran
kekalahan teruk itu, MCA mengumumkan ia akan berpegang kepada
keputusannya untuk tidak menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan,
selaras dengan resolusi parti itu dalam mesyuarat agung tahunan (AGM)
pada 2011 dan 2012.
NONEBagaimanapun,
ramai percaya bahawa MCA akan kembali menyertai kabinet jika Datuk Seri
Chua Soi Lek (kanan dalam gambar) disingkirkan oleh pesaingnya, yang
meletakkan punca kekalahan parti itu serta resolusi AGM tersebut di bahu
presiden MCA itu.
Malah
Najib sudah menjangka perkara itu dengan 'menyimpan' jawatan menteri
pengangkutan untuk MCA. Buat masa ini jawatan itu dipangku Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehingga MCA menyelesaikan
isu tersebut.
Ini dilihat sebagai tanda-tanda yang menunjukkan bahawa MCA akan mengubah resolusi AGM itu.
MCA akan
mengadakan pemilihan parti akhir tahun ini. Dengan Timbalan Presiden,
Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong dan bekas
Setiausaha Agung, Datuk Ong Ka Chuan menang dalam PRU13, maka
ketiga-tiga Ahli Parlimen boleh bergabung untuk mencabar kedudukan Chua.
Dalam
temu bual dengan , ahli sains politik Phoon Wing Keong berkata, jika
Chua tetap bertegas supaya pemimpin parti itu menolak jawatan kerajaan,
ia akan meningkatkan kemelut dalam parti itu.
"Saya
percaya ahli Parlimen MCA yang lain tidak akan menerima ini. Jika Chua
tetap bertegas, maka agenda utama bagi pemilihan parti itu ialah sama
ada MCA perlu kembali kepada kabinet," katanya.
llg
chinese forum 110511 phoon wing keongBagaimanapun, walaupun jika MCA
kembali menyertai kabinet, tetapi ia tidak mungkin dapat mengekalkan
jawatan empat menteri dan tujuh jawatan menteri dalam kabinet
sebelumnya.
Dalam senarai kabinet baru yang diumumkan oleh Najib minggu ini, hanya satu jawatan menteri telah disimpan untuk MCA.
Cakap-cakap
terbaru menunjukkan bahawa BN juga telah menyimpan satu atau dua
jawatan timbalan menteri untuk parti berasaskan kaum Cina itu.
Siapa yang peduli?
Apa pun
keputusannya, sama ada MCA menyertai semula kabinet atau tidak, ia
tidak lagi menjadi perkara yang merisaukan orang ramai, khususnya
masyarakat Cina.
Phoon berkata kecuali bagi sesetengah persatuan atau syarikat
Cina, masyarakat Cina tidak gelisah dengan ketiadaan menteri MCA dalam kabinet.
"Orang
ramai merasakan bahawa (jika ada) menteri Cina pun, (mereka) tidak akan
dapat mengubah dasar-dasar kerajaan yang tidak adil.
"Tetapi
bagi banyak persatuan dan syarikat Cina, mereka masih boleh mendapatkan
beberapa sumber dari kementerian, seperti dana atau kemudahan lain,"
kata Phoon.
Seorang
lagi pengulas, Tang Ah Chai (kanan) pula berkata, Najib mungkin mahu
menyampaikan mesej - bahawa kerajaan BN boleh terus berfungsi walaupun
tanpa MCA menjadi sebahagian daripada kerajaan.
"Jika
kabinet baru dan kerajaan dapat fungsi dengan baik, maka masa depan MCA
akan menjadi lebih tidak menentu kerana ia tidak lagi dilihat sebagai
penting dalam parti pemerintah," kata Tang, yang juga ketua pegawai
eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.