Umno tayang video lucah kepada wanita, kanak-kanak
Umno BN semakin hilang akal apabila menayangkan video lucah secara terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.
Berdasarkan rakaman di laman You Tube, video lucah itu ditayangkan dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur.
Program ceramah itu dimulakan dengan ucapan yang menghentam pucuk pimpinan Pas, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai.
Ekoran dibuat secara terbuka, tayangan rakaman lucah itu disaksikan pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak yang berada di situ.
Difahamkan, video fitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditayang secara terbuka oleh Umno BN di beberapa negeri, khususnya di Johor.
Mengulas perkara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, BN kini semakin terdesak hingga sanggup menjalankan kempen kotor dengan menayangkan video fitnah dan lucah kepada orang ramai.
“Ini adalah kempen jijik dan kotor dilakukan oleh BN dengan menayangkan video lucah di khalayak ramai. Memiliki video lucah sahaja sudah jadi kesalahan, apatah lagi menayangkan di tempat awam.
“Kempen sebegini hanya akan menikam BN. Rakyat sudah meluat dengan aktiviti mereka yang lucah. Rakyat mahu mendengar tentang idea dan polisi yang ditawarkan. Mereka kini sudah bijak untuk menilai kepimpinan Umno BN,” katanya.
Menurutnya, tindakan sedemikian bukan hanya mengelirukan, bahkan merosakkan pemikiran masyarakat terutama generasi muda dengan gejala yang tidak sihat.
Selain tayangan lucah secara terbuka, Umno kini semakin giat menyebarkan VCD yang mengandungi rakaman lucah yang diedar kepada orang ramai sebagai bahan kempen mereka.
Baru-baru ini, seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan, Kuala Lumpur mengadu VCD seks berkenaan diedar secara senyap dari rumah ke rumah.
Hingga kini, tiada tindakan dilaporkan telah diambil oleh polis bagi menghalang kegiatan jenayah dan tidak bermoral itu.
Mengikut undang-undang, menyimpan, memiliki, memuat-turun, mengedar dan menayangkan bahan lucah adalah salah di bawah Seksyen 922 Kanun Keseksaan, Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002, Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Multimedia 1998 Seksyen 231.
Ulasan GB
Kasihan sungguh UMNO. Benar-benar dah nazak. Bila gagal untuk berhujjah dengan PAS, maka terpaksa gunakan kaedah jijik, tayang video lucah palsu kepada masyarakat termasuk kepada wnaita dan kanak-kanak untuk dapatkan sokongan.
Sudah hilangan pertimbangan dosa pahala dengan penyebarannya. Sedangkan mufti mereka sendiri, telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang ada di dalam video berkenaan tidak boleh pakai!
Sahih lagi nyata UMNO ni golongan tak reti ugama dan menentang hukum qazaf yang ditetapkan Allah s.w.t. Allah akan tetap binasakan UMNO apabila mereka telah meninggalkan ajaran agamanya. FirmanNya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang meninggalkan ajaran agamanya (murtad), maka kelak Allah akan datangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap terhadap orang-orang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan orang yang tidak takut kepada celaan orang yang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.