PARTI KEADILAN BERSIKAP POSITIF TERHADAP KAJIAN PENDAPAT UMUM UMCEDEL, MEMPERTAHANKAN INTEGRITI UNIVERSITI
Parti Keadilan berasa bangga dengan angka survei dari
Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL)
yang menunjukkan bahawa usaha berterusan parti untuk menjanakan
perubahan yang bermakna kini menjadi kenyataan.
Perdana Menteri sementara Najib Razak sebetulnya
tidak menolak dan memandang rendah hasil kajian pendapat umum UMCEDEL.
Sebaliknya, beliau patut menghormati hasil kajian tersebut yang
dijanakan oleh sebuah badan akademik Universiti Malaya, institusi
pengajian tinggi yang terunggul di Malaysia. Lagipun, Najib telah memuji
UMCEDEL pada Jun 2012 apabila hasil kajian pendapat umum UMCEDEL
memihak kepada pihak BN.
Kajian pendapat umum apabila dikendalikan secara
professional dan berpandukan metodologi amalan terbaik merupakan
barometer yang releven dan boleh dipercayai.
Namun, kami akan
menghormati keputusan pilihanraya seperti yang diputuskan oleh rakyat
pada Mei 5.
Pihak
kami berasa bangga dan rendah hati bahawa 43% orang Malaysia yang
ditemubual antara April 3-20 (yang mencerminkan hampir separuh penduduk
Negara) percaya kepada kebolehan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana
Menteri berbanding angka 39% untuk Perdana Menteri i Najib Razak.
Adalah menggembirakan bahawa 54% daripada pihak orang
Melayu yang ditemubual yakin kepada Anwar. Hal ini jelas menafikan
dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai sokongan di kalangan orang
Melayu.
Pakatan Rakyat kini berjaya meraih sokongan daripada
semua sektor dan komuniti. Pihak kami akan berpegang teguh kepada
kepercayaan rakyat dan berjanji akan berkempen bersungguh-sungguh
sehingga hari pengundian.
Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.