Friday, October 12, 2012

"Tandatangan Atau Tanah Di Rampas"- Datuk Bandar KL Posted - by Addin

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib memberi dua pilihan kepada penduduk Jalan Sultan sama ada tandatangan surat persetujuan (POA) atau tanah akan dirampas untuk projek Transit Aliran Massa (MRT), kata peguam mereka, Ngeow Chow Ying.

Menurut Ngeow, pertemuan dengan Datuk Bandar hanya membincangkan tentang tanah tanpa mahu membincangkan isu yang berbangkit.“Kami rasa seolah-olah diketepikan,” kata Ngeow lagi.

Menurut Ngeow, penduduk Jalan Sultan akan memperoleh keistimewaan mendapatkan ruang pada masa hadapan terutamanya apabila Menara Warisan Merdeka siap.


“Tetapi mereka dari Menara Warisan Merdeka tidak menghubungi kami,” kata Ngeow lagi. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.