Friday, October 12, 2012

ST1M bakal kuburkan Umno BN dalam PRU13?

Aku agak AES atau nama glamernya ST1M (Saman Trafik 1Malaysia) ni akan jadi macam kes saman ekor dulu jugak. 

Mula-mula nampak macam kerajaan nak berperang dengan rakyat pasai saman ni tapi akhirnya kerajaan terpaksa tunduk kepada bantahan rakyat.

mStar melaporkan:

KUALA LUMPUR: Kerajaan dirayu agar mengkaji semula penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) apabila kaedah berkenaan disifatkan membebankan rakyat.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) melahirkan kebimbangan dan keraguan mengenai matlamat pelaksanakan AES.

Kebimbangan Sim turut disokong Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) apabila mengharapkan kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES supaya peraturan berkenaan tidak membebankan rakyat.


"Kita berharap perkara ini ditangguhkan...jangan menganiya rakyat. Kalau boleh kita harap kerajaan dapat turut mansuhkan saman saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini," katanya.

Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pula mencadangkan agar lebih banyak papan tanda amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya akan berhati-hati. - mStar.

Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001

Aku agak AES atau nama glamernya ST1M (Saman Trafik 1Malaysia) ni akan jadi macam kes saman ekor dulu jugak. Mula-mula nampak macam kerajaan nak berperang dengan rakyat pasai saman ni tapi akhirnya kerajaan terpaksa tunduk kepada bantahan rakyat.

Macam tu jugak dengan isu ST1M ni, aku jangka tak lama lagi kerajaan akan gantung perlaksanaan AES ni pasainya semakin ramai yang menentang perlaksanaan sistem baru ni.

Bukan saja pihak pembangkang tak setuju dengan perlaksanaan AES ni tapi penchachai Umno BN pun tak setuju.

Itu dalam keadaan sehelai saman pun belum lagi dihantar. Aku yakin kalau saman melalui AES ni mula dihantar lebih ramai yang akan marah.

Tambah-tambah dah semakin dekat dengan PRU13 ni, aku sangat-sangat yakin Umno BN takkan sebegitu berani nak bagi rakyat marah.

Tapi tak mustahil jugak Umno BN terpaksa laksanakan jugak ST1M ni pasai dah berjanji dengan cukong yang banyak melabur selama ni.

Kalau ST1M ni dilaksanakan jugak dan saman-saman yang berjumlah tak berapa ratus ribu keping tu mula dihantar sebelum PRU13, saman-saman tu akan jadi alasan utama disamping bermacam-macam lagi alasan untuk majoriti pengundi mengkuburkan Umno BN dalam PRU13 nanti.

Sumber: Mediaperak.com

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/10/st1m-bakal-kuburkan-umno-bn-dalam-pru13.html#ixzz293X1NFbc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.