Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN
JIKA
Hang Tuah dibangkitkan semula, sudah pasti dia kebingungan kerana
Petualang Negara seperti Naib Presiden UMNO boleh dijulang sebagai
pemimpin dan dipuja sebagai 'Wira' sekalipun mengkhianati ibu pertiwi.
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi membuat tamsilan
demikian bagi membayangkan kelicikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memperdaya Kerajaan
Malaysia bahawa Projek NKRA yang dijalankan kementeriannya adalah
efisyen, efektif dan ekonomik.
Kata
Citra, mungkin disebabkan kedudukan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO
dan Menteri Kabinet Malaysia, maka SPRM terlalu lembab menjalankan
siasatan terhadap beliau yang telah dilapor melakukan amalan rasuah dan
salah guna kuasa dalam beberapa projek NKRA sebelum ini.
Citra
meluahkan kebimbangannya berhubung kemungkinan salah seorang Menteri
Kewangan juga turut terlibat dalam Skandal Rasuah dan Salahguna Kuasa
bersama Shafie meluluskan Projek NKRA kepada syarikat kroni dan
kontraktor Ali-Baba dan tidak layak.
"Kita
bimbang kerana terdapat indikator penglibatan Menteri Kewangan
disebabkan Had Kuasa meluluskan projek Menteri KKLW hanya RM10 juta
sahaja; sedangkan kebanyakan projek NKRA yang diluluskan kepada kroni
dan kontraktor Ali Baba melebihi RM10 juta," ujar Citra yang mendesak
agar SPRM tidak berdolak-dalih ketika menjalankan siasatan, lanjutan
daripada beberapa laporan rasmi SPRM terhadap Shafie yang dilakukan
beliau dan AMK.
Tegas
Citra, siasatannya mendapati kebanyakan tender NKRA KKLW telah ditolak
oleh Kementerian Kewangan Malaysia disebabkan gagal mematuhi Arahan
Perbendaharaan dan Akta Acara Kewangan; namun agak menghairankan kerana
akhirnya kontrak berkenaan diteruskan juga setelah mendapat Pengecualian
Tatacara Tender Tawaran Biasa daripada Menteri Kewangan.
Contoh
paling ketara kata Citra, tindakan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK),
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan CIDB meluluskan penukaran nama
syarikat milik keluarga terdekat dan kroni Shafie daripada Sama-Sama
Maju Sdn.Bhd kepada Pembinaan Asal Jadi Sdn Bhd tanpa alasan munasabah
adalah jenayah terancang iaitu perbuatan jenayah menghapuskan bukti
setelah membuat akuan palsu ketika menyertai tender kerajaan.
"SPRM,
SSM dan CIDB tahu bahawa Sama-Sama Maju Sdn Bhd tidak mempunyai
sebarang pengalaman dan kelayakan untuk menyertai tender tertutup
sehingga memaksa syarikat berkenaan memalsukan semua maklumat syarikat
termasuk KWSP, kelayakan jurutera, kewangan, kakitangan dan pengalaman
kerja syarikat; namun agak hairan bagaimana semua agensi ini oleh
membenarkan penipuan dilakukan di siang hari?" tanya Citra yang mengakui
telah memberikan segala masklumat syarikat berkenaan kepada SPRM dalam
laporannya sebelum ini.
Bagi
menghilangkan jejak, kata Citra, Shafie telah menggunakan pengaruh dan
kedudukannya untuk mempengaruhi semua agensi terlibat seolah-olah
Sama-Sama Maju Sdn.Bhd tidak pernah melakukan kesalahan atau menipu
kerajaan untuk mendapatkan tender berkenaan.
"Begitu
mudah mencuci dosa dan noda Sama-Sama Maju Sdn.Bhd dengan menukar nama
syarikat kepada Pembinaan Asal Jadi Sdn.Bhd yang menggunakan nombor
pendaftaran SSM yang sama iaitu 789094-K," kata Citra yang merujuk
nombor pendaftaran syarikat yang sama.
Mengikut
rekod KKLW dan CIDB kata Citra, pihaknya mengesan Sama-Sama Maju
Sdn.Bhd telah dianugerahi dua projek NKRA iaitu
KKLW/BALB/100/2011-Projek Bekalan Air Graviti Mukim Keranaan, Ranau pada
11-07-2011 bernilai RM35.5 juta dan KKLW/BALB/63/2011-Projek Sistem
Bekalan Air Di Kampung Maligan, Sipitang pada 27-06-2011 bernilai
RM26.640 juta.
Lembaga
Pengarah Pembinaan Asal Jadi Sdn.Bhd dan Sama-Sama Maju Sdn.Bhd kata
Citra ialah orang yang sama ketika syarikat berkenaan mendapat projek
iaitu Harlinah Binti Abd Kadir dan Khairul Aziah Binti Hassan.
"Kita
sudah mengenalpasti bahawa Sama-Sama Maju Sdn.Bhd dimiliki oleh saudara
terdekat Shafie iaitu Hj.Hassan Bin Osman. Tetapi oleh kerana Haji
Hassan telah bankrap, maka beliau melantik anaknya Khairul Aziah Binti
Hassan agar terus menjadi proksi Shafie Apdal," kata Citra yang telah
mengecam pejabat baru operasi Sama-Sama Maju Sdn.Bhd telah berpindah ke
bangunan yang sama dengan Restoran Kak Nong di Harbour City, Sembulan.
Kedua-dua
adik Shafie iaitu Datuk Mohd Yusof Apdal dan Haji Hamid Apdal, kata
Citra, telah mengambil alih operasi Sama-Sama Maju sejak bergabung
dengan Pembinaan Asal Jadi Sdn.Bhd dan dalam masa yang sama sedang
diburu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) kerana beberapa kes pemalsuan dokumen syarikat
dan identiti.
"Kita
yakin bahawa semua tuduhan yang kita kemukakan kepada SPRM sebelum ini
adalah berasas dan mempercayai ada bukti yang melampaui keraguan
munasabah. Jika tidak mereka tidak akan tergesa-gesa menggabungkan dua
syarikat berkenaan dan memusnahkan semua bukti. Tidak apa, CCTV Tuhan
tidak pernah padam walau mereka sorok ke lubang cacing," ujar Citra
sambil tersenyum sinis dengan kelicikan Shafie dan adik beradiknya
selama ini.
Citra
membayangkan pihaknya akan membongkar Skandal Projek Top-UP yang
dilakukan Shafie dengan bantuan adik beradiknya; terutama komisyen RM2
juta seetiap seorang daripad mereka dan bukti wang haram simpanan Yusof
Apdal di sebuah Bank Perdagangan di Singapura, sekurang-kurangnya USD
300 juta; sebahagian besar untuk kegunaan PRU-13 jika beliau dicalonkan
di Parlimen Silam.
Dalam
salah satu laporan polisnya yang dibuat di Balai Polis Semporna tetapi
diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra
mendakwa bahawa;
“Pada
hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat
maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn
Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu,
Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta
dan RM35 juta.
Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu
saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah
muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai
Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan.
Saya datang ke
balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj
Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana
dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman
KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan.
Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu
Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau
dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan
dokumen palsu. Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan
menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat,
menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan
kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni.
Laporan ini juga dibuat
agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang
membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan
tender KKLW. Sekian laporan saya.”
Sabahkini
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.