Saturday, September 22, 2012

Pairin Lepaskan Keningau Tapi Umno-APCO Tak Puas Hati. Mengapa?

 e
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Joseph Pairin Kitingan hampir pasti tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum mempertahankan kerusi parlimen Keningau yang disandangnya sejak 1986.

Bagaimanapun dikhabarkan dia akan mempertahankan kerusi DUN Tambunan yang diwakilinya sejak 1976.

Parlimen tersebut mempunyai keluasan saiz 3,533 kilometer persegi merangkumi keluasan saiz Pulau Pinang, Melaka dan Perlis jika digabungkan.

Dipercayai juga Pairin akan melobi salah seorang ahli keluarganya bagi mempertahankan kerusi Keningau walaupun mendapat bantahan sesetengah pihak dalam Umno kerana menyalahkan kedudukan Pairin sebagai tmbalan ketua menteri Sabah.


Antara nama-nama panas yang bakal menggantikan Pairin termasuklah Maximus Ongkili yang kini ahli parlimen Kota Marudu, Daniel Kinsek atau Peter Jino.

Menariknya, kesemua nama tersebut adalah ahli keluarganya sendiri dan inilah yang menyebabkan Umno negeri tidak berpuas hati.

Pakatan Rakyat sedang memantau perkembangan terbaru ini dan beberapa usaha sedang giat dijalankan bagi menggempur antara kawasan parlimen paling luas di Sabah bagi mencabar kedudukan Pairin dalam pilihanraya umum akan datang.

Difahamkan, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengarahkan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing menggempur kawasan parlimen majoriti Kadazandusun sebagai usaha memecah dominasi PBS dan UPKO sejak 1995.

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.