Thursday, September 27, 2012

PANAS! Tian Chua Cabar BN Dedah Pemilik Sebenar Jet!


 
Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu.

Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya.


Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan.”

Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu ini berkata: “Saya tak menyesal memuat naik gambar-gambar jet yang dinaiki Anwar kerana kita telus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam laporan media tempatan hari ini, Tian Chua dibidas kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Anwar berhubung isu beberapa pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet eksekutif ke Sabah baru-baru ini.

Teguran itu dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memberitahu wakil rakyat itu sepatutnya memastikan maklumat yang tepat berhubung jet berkenaan sama ada disewa atau ditaja sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Anwar Ibrahim menjelaskannya dan membuat kenyataan mengenai perkara ini. Jadi kita ikut kenyataan itu,” katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau mengetahui siapa pemilik jet tersebut, Tian Chua berkata: “Saya tahu tapi saya tak ada kuasa untuk  nyatakannya...pergi tanya pihak yang lebih berkuasalah.”


Sehingga kini, kerajaan enggan mendedahkan pemilik sebenar jet peribadi yang turut digunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom untuk menunaikan haji ke Makkah, Arab Saudi tahun lalu, namun  janjinya untuk menjelaskan siapa pemiliknya tidak ditunaikan sehingga kini.


Jamil juga menggunakan jet yang sama untuk membawa peserta rancangan realiti 'Solehah' terbitan sebuah stesen televisyen swasta tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.