BAK kata
pepatah, diberikan betis, hendakkan peha. Tetapi Warga Asing Indonesia
yang mendapat peluang keluar-masuk dari Nunukan ke Tawau setiap hari,
bukan sahaja mahukan peha; tetapi yang berada 'dicelah peha'.
Kerakyatan
songsang yang dimiliki oleh ADUN Sebatik, Abdul Muis Picho bukan rahsia
lagi kepada rakyat perbatasan; terutama Anak Jati Sabah seperti Ketua
Kampung Tanjung Batu Laut, Hamid Hassan yang tidak jemu-jemu menulis
surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan pemimpin Sabah.
Jika
daripada seorang Warga Asing Indonesia yang pernah mendapat Taraf
Penduduk Tetap, Abdul Muis kembali menjadi PATI setelah mengembalikan PR
semata-mata untuk mengeluarkan wang KWSP; datang lagi sebagai PATI,
mendapat IC Projek dan boleh terlepas tapisan keselamatan dan kini boleh
menjadi Wakil Rakyat di Sabah; apakah ada halangan untuk menjadi Ketua
Menteri Sabah kerana beliau juga memiliki MyKad Malaysia?
Oleh itu
tidak hairan jika ramai Warga Indonesia yang selama ini menggunakan Pas
Lintas Batas (PALIBA) kini sudah menjadi Warga Mi Segera; ehsan
Kerajaan Berjaya dan UMNO; berbangga dengan 'Nyawa' (IC Projek) mereka
yang dikurniakan 'Kerajaan Persekutuan' sehingga terlupa bahawa
perbuatan mereka adalah subversif dan boleh dihukum pancung 'Tanpa
Bicara!'
Salah
satu daripada lebih 800,000 contoh orang yang menggunakan PALIBA sebelum
ini telah menjadi 'Warga Dua Negara' kerana bebas keluar masuk untuk
menghirup udara segar Malaysia dan membuang najis di sempadan negara
melalui kegiatan haram termasuk penyeludupan, pelacuran dan kesalahan
imigresen ialah Syarifah Laila Bt. S.Alwi.
Majoriti
penduduk Kampung Pasir Putih, Tawau kenal siapa dan dari mana Syaripa
Laila @ Syarifah Bt S Alwi ini berasal. Memang agak ganjil kerana
lazimnya nama Syarifah ialah Kaum Suluk segangkan Syaripa berketurunan
Bugis.
Sama ada
beliau mendapat kad pengenalan biru 'Ready Made' atau memang miliknya,
sukar untuk dipastikan tetapi memang sah beliau adalah PATI Bugis yang
sebelum ini menggunakan PALIBA.
Saripah
Laila mendapat Pas Lintas Batas bernombor W029905 pada 6 Januari 1978
bagi tempoh setahun sehingga 6 Januari 1979 dan direkodkan dibuku Daftar
NNK/1C/118/78. Mengikut maklumat Pas Lintas Batas yang dikeluarkan
Kerajaan Indonesia, Saripah dilahirkan di Nunukan pada 1956 menggunakan
Kartu Penduduk Indonesia 3510/KND/76.
Pas
Lintas Batas adalah Pas Melawat iaitu kebenaran masuk ke Malaysia di
Tawau untuk melawat daerah Tawau Sahaja dalam negeri Sabah dalam jangka
masa tidak lebih dari satu bulan berdasarkan Perjanjian Sempadan Dengan
Indonesia. Tidak sah bagi memohon pekerjaan dan tidak boleh disambung.
Saripah
telah mendapat kad pengenalan biru di era Kerajaan Berjaya tetapi
semuanya palsu sehinggalah pada 1991 memperoleh Kad Pengenalan Biru
bernombor H0498485 melalui Projek Gembleng; X-Files merekrut Warga Asing
sebagai Warga Negara, Ahli UMNO dan Pemilih Berdaftar.
Ramai
rakan Saripah turut sama mendapat kad pengenalan projek berkenaan tetapi
mereka tidak berjaya disebabkan Jabatan Pendaftaran menarik balik kad
pengenalan lama bersiri H0492001 hingga H0494500; tidak termasuk yang
dimiliki Saripah.
Dengan
kad pengenalan projek H0498485, Saripah telah menukar namanya kepada
Syarifah Laila Binti S Alwi setelah mendaftar sebagai Pemilih Berdaftar
bagi DUN Apas (Tinagat) dan akhirnya mendapat MyKad 550403-12-5446.
Saripah
Laila yang dilahirkan pada 1956 di Nunukan telah semula sebagai Syarifah
Binti S Alwi di Tawau pada 03 April 1955 di Batu 8, Jalan Apas, Tawau.
Sebagai
Warganegara Indonesia yang hidup mewah setelah mendapat Warganegara
Segera Malaysia, Saripah kini duduk dan berdiri lebih tinggi daripada
Anak Jati Sabah yang tembuninya ditanam di hadapan rumah Datuk Abu Bakar
Titingan.
Jika
Jawatankuasa RCI Sabah ingin mendapatkan bukti nyata, jejak bertapak
tersedia di Jabatan Imigresen Tawau dan Pejabat Konsulat Indonesia Tawau
dan mungkin jika diperlukan mengesan mereka, seramai 500,000 orang lagi
yang menggunakan modus operandi yang sama masih boleh dikesan dengan
mudah.
Jangan
terkejut jika dilontarkan sebiji kacang kepada 10 orang Warganegara
Malaysia di Tawau, sudah pasti terkena 30 batang hidung Warga Indonesia
yang mendapat MyKad projek. Wallahualam!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.