Tragik dan sedih, itulah ungkapan yang cuba digambarkan oleh Lim Kit
Siang berhubung kenyataan Najib Tun Razak berkaitan dakwaan terbaru ke
atas Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang memiliki aset berbillion
dolar.
Menurut Kit Siang lagi, respon Najib Razak itu tidak bertanggungjawab
apabila Najib menganggap semua dakwaan ke atas Taib Mahmud itu sebagai
‘jangan dilayan’.
“ Ini merupakan respon yang paling mengecewakan dan juga tidak
bertanggungjawab oleh Perdana Menteri ke atas laporan terkini dan
menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF)”, kata Kit Siang.
Dalam laporan terbaru itu, sebuah NGO berpengkalan di Switzerland telah
menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64
billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46
billion) lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan
Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.
Dalam perkembangan yang berkaitan, laporan BMF yang bertajuk ‘The Taib
Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from
Sarawak, Malaysia’ yang telah dikeluarkan di Brussels itu turut
mendedahkan bagaimana Taib Mahmud telah mengumpul kekayaan hampir USD 21
billion yang terbahagi kepada 400 syarikat seluruh dunia.
Kit Siang turut menyoal adakah respon Najib ini merupakan langkah awal
bertujuan untuk menghantar mesej jelas bukan sahaja kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi juga Menteri-Menteri dan
penyokong Barisan Nasional di Parlimen supaya tidak melayan dan
menjalankan siasatan berhubung laporan BMF ini.
Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Ketua Parlimen DAP ini turut
mendesak Najib untuk bertindak dan mengisytiharkan dengan jelas tugas
SPRM dan menggunakan laporan BMF itu bagi memulakan siasatan penuh,
menyeluruh dan meluas ke atas tuduhan “korupsi besar” yang dilakukan
Taib dan keluarganya sepanjang 31 tahun Taib menyandang jawatan Ketua
Menteri Sarawak.
Warta Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.