Saturday, September 22, 2012

Menjangka kerajaan persekutuan akan bertukar, IPP selamatkan diri !


Penjana Tenaga Bebas atau Independent Power Producers (IPP) yang diwujudkan untuk membolehkan kroni umno/BN mengaut keuntungan mudah tanpa risiko. Tempoh perjanjian dua buah IPP generasi pertama akan tamat pada tahun 2016 dan 2017.

Kerana bimbang kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, kedua-dua IPP ini, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd milik Tan Sri Ananda Krishna dan Mastika Lagenda Sdn Bhd milik Genting Bhd telah bertindak menjualkan IPP ini kepada pihak kerajaan melalui 1 Malaysia Development Board (1MDB). 

1MDB beli IPP selamatkan kroni

E-mel Print PDF
Penjana Tenaga Bebas atau Independent Power Producers (IPP) yang diwujudkan untuk membolehkan kroni umno/BN mengaut keuntungan mudah tanpa risiko. Tempoh perjanjian dua buah IPP generasi pertama akan tamat pada tahun 2016 dan 2017.

Kerana bimbang kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, kedua-dua IPP ini, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd milik Tan Sri Ananda Krishna dan Mastika Lagenda Sdn Bhd milik Genting Bhd telah bertindak menjualkan IPP ini kepada pihak kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Akibat daripada tindakan itu, duit rakyat telah digunakan untuk membeli semula kepentingan Ananda dan Genting, yang selama kewujudan IPP ini telah menyebabkan tarif elektrik dinaikkan beberapa kali bagi mempastikan mereka meraih keuntungan berlipat-ganda.

Kini kedua-duanya mengumumkan keuntungan RM1.9 bilion hasil penjualan saham mereka kepada 1MDB.

Sekiranya kerajaan bertukar tangan, Ananda dan Genting akan terus ketawa besar kerana mereka sudah pun melepaskan kepentingan mereka dengan memperolehi keuntungan berganda. 

Yang menjadi mangsa ialah Petronas dan TNB sendiri yang menggunakan wang dan harta Rakyat. 

1MDB yang menggunakan wang rakyat untuk tujuan pembelian berkenaan, akan sekali lagi menekan rakyat dengan kadar kenaikan tarif elektrik dari semasa ke semasa.

Beli IPP: Kroni lepas tangan, rakyat dibeban tarif elektrik.

KUALA LUMPUR 20 Sept: Tindakan kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membeli penjana kuasa bebas (IPP) daripada dua syarikat kroninya bakal membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong mengulas keputusan kerajaan membeli IPP daripada Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd dengan harga masing-masing RM8.5 bilion dan RM2.55 bilion.

“Bukan sahaja kos dibeli tinggi tapi tempoh kontrak akan tamat tidak lama lagi. Jadi persoalannya kenapa kerajaan sanggup bayar dengan harga tinggi.

“Bermakna Tenaga Nasional Berhad (TNB), akan beli ikut kontrak IPP dengan harga yang tinggi. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban dengan kenaikan tarif elektrik,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau tidak menolak kedua kroni itu mengambil sikap lepas tangan dengan menjual kontrak tersebut kerana  khuatir kerajaan akan bertukar tangan selepas PRU 13.

“Kalau kerajaan milik Pakatan Rakyat (PR), mereka (kroni) akan tahu kerajaan baru itu akan siasat projek ini,” katanya.

Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd milik Tan Sri Ananda Krishna dan Mastika Lagenda Sdn Bhd milik Genting Bhd masing-masing mengumumkan keuntungan bersih RM1.9 bilion hasil penjualan saham mereka kepada 1MDB.

Konsesi generasi pertama IPP akan tamat pada 2016 dan 2017, bagaimanapun Suruhanjaya Tenaga mengumumkan sebarang perjanjian baru akan lebih kompetitif buat IPP.

“Apabila perjanjian kontrak tamat, bermakna rakyat akan jadi sasaran. Tapi jika ada lagi perjanjian berat sebelah, bermakna ketiga-tiga pihak antaranya Petronas, TNB dan rakyat menjadi mangsa,” kata William.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.