Seperti
yang dijangka, UMNO telah menggunakan Minggu Orientasi Pelajar untuk
pelajar baru di semua IPTA seluruh negara untuk menyebarkan
propogandanya.
Setiap tahun pemimpin Umno akan masuk ke kolej-kolej dan
memberi syarahan yang bermotifkan untuk meyakinkan pelajar baru ini
bahawa mereka harus terus percaya dan menyokong Umno-BN demi kebaikkan
‘Bangsa, Agama dan Negara!’
Seperti
juga tahun-tahun sebelum ini, tiada bezanya tahun ini. Kalau ada pun
perbezaan, mungkin terdapat lebih banyak yang digembar-gemburkan pada
tahun ini. Semakin tinggi kita daki, semakin curang kita jatuh.
Umno pun
akan mendapat nasib yang sama. Walaupun kebanyakkan pelajar baru ini
pemalu dan santun, ramai yang menunjukkan muka bosan dan kurang senang
dengan ucapan panjang lebar yang disampaikan oleh orang Umno demi agenda
mereka.
Setiap
tetamu terhormat ini diminta untuk memberi ucapan, Ada di antara yang
langsung tidak menyembunyikan agenda ada juga yang menggunakan psiklogi.
Namun, dalam era di mana komunikasi adalah menerusi sms, email, ruangan
chat dan sebagainya, rakyat muda kita ini nampaknya bukanlah naïf
seperti yang disangka.
Jangan sangka semua akan menelan mentah-mentah
apa yang kamu beri kepada mereka.
Ramai di
antara anak muda yang sangat arif dengan dunia media sosial ini
menyeringai sepanjang ceramah membosankan yang sebenarnya hanya
mempunyai satu tujuan iaitu semua haruslah menyokong Umno-BN dan
sekiranya tidak, negara akan hancur di tangan pembangkang penyangak.
Mungkin pada seorang lelaki dewasa, penceramah BN ini bercakap kosong,
Pelajar juga nampaknya kurang berminat, Ramai yang penat dan tidak
kurang juga yang tertidur.
Mempersembahkan Anak bongsu
Hakikatnya,
ramai dikalangan pelajar yang hanya berminat untuk belajar dan bukanlah
ucapan berbaur politik atau menyibuk dengan isu ekonomi-
sekurang-kurangnya sebelum mereka memulakan semester satu di universiti.
Ramai yang berasa bertanggungjawab untuk belajar kerana orang tua
mereka telah berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mereka meneruskan
pelajaran di peringkat universiti. Mereka hany mahu belajar dan habis
belajar dengan cepat supaya mereka boleh bergraduat dan mencari
pekerjaan.
Tetapi
pihak Umno yang kurang sensitif itu menggunakan minggu orientasi untuk
mendapatkan peluang terakhir membasuh minda pelajar atau menarik mereka
daripada agenda hitam pihak pembangkang- bergantung kepada pihak mana
anda berada.
Salah
seorang daripada pemberi ucapan paling kontroversi pada tahun ini adalah
Mukhriz Mahathir – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan anak
bongsu bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.
Mukhriz telah dijemput
untuk berucap kepada pelajar baru di Universiti Utara Malaysia (UUM)
pada khamis lepas, 6 September dan beliau telah mencetuskan kegemparan
di sana.
Mukhriz
bukan cuba memaparkan situasi ekonomi yang indah tetapi malangnya
penjelasan beliau lemah dan bercanggah.
Beliau mendakwa bahawa kita
berada pada jalan yang betul kerana pengurusan kewangan yang bijak tanpa
bergantung dengan peminjaman luar negara yang besar.
“Kerajaan
mempunyai RM800 billion dalam pinjaman. Dan hanya 17% daripadanya
adalah peminjaman luar negara. Selebihnya adalah daripada institusi
pinjaman dalam negara,” The Edge melaporkan beliau sebagai berkata.
Kejutan Muflis
Muhkriz
cuba menyakinkan bahawa terdapat perbezaan di antara pinjaman luar
dengan dalam namun hakikatnya, pinjaman adalah pinjaman.
Kerajaan kita
hanya kurang 2% daripada pinjaman maksimum yang dibenarkan oleh
perlembagaan. Hanya disebabkan ini sahaja menunjukkan bahawa Wawasan
2020 yang diilhamkan oleh bapanya tidak boleh kita capai.
Mukhriz
memburukkan lagi keadaan dengan membuat kenyataan terbodoh yang boleh
dibuat oleh seorang menteri. Bagi yang lebih kritikal pemikirannya dalam
audien, Mukhriz dilihat sebagai seorang yang bodoh, naïf dan kurang
cerdik berbanding ahli-ahli Umno berpengaruh yang lain.
“Kita
tidak perlu risau jika negara akan muflis atau tidak sekiranya kita
terus memberi bantuan kepada rakyat. Ini kerana wang yang ada itu adalah
lahir daripada pengurusan kewangan yang bijak dan pemungutan cukai yang
efektif,” ujar Mukhriz yang berusia 46 tahun itu.
PM masa hadapan? Selamatkan Malaysia, hentikan Mukhriz!
Jangan risau jika Malaysia jatuh muflis! Dan bayangkan bapanya mahu dia menjadi PM selepas Najib!
Sudah
tentulah tentangan rakyat terhadap cita-cita Mahathir ini kuat
sehinggakan dia terpaksa memperlahankan kempennya untuk menjadikan
Mukhriz PM.
Sungguhpun begitu, terdapat ura-ura bahawa ada perjanjian
dikalangan elit Umno untuk menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Besar
Kedah jika Umno-BN mendapat semula negeri itu.
Mukhriz
juga gagal menyatakan bagaimana Umno-BN akan membayar balik pinjaman
itu- 800 billion bukanlah satu nilai yang kecil. Untuk seorang Timbalan
Menteri Perdagangan, beliau sebenarnya tiada langsung idea bagaimana
hendak menurunkan nilai hutang ini kepada nilai yang lebih mudah diurus.
Ada yang
lebih arif mengenai kewangan dalam audien juga terkejut apabila Mukhriz
telah dengan tidak sengaja mengeluarkan satu maklumat baru. Setakat
ini, akhbar telah melaporkan hutang negara adalah dalam RM560 billion
tetapi sekarang Mukhriz telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlahnya
adalah RM800 billion!
Kitaran jahat dan Professor Kangkong!
Tarikh akhir 2019 yang disebut oleh Idris Jala dan Koh Tsu Koon
bukanlah satu gurauan dan ia mungkin akan lebih cepat daripada yang
dijangka akibat daripada perbelanjaan tidak bertanggungjawab yang
dilakukan dalam bujet 2010, 2011 dan 2012.
Nampak gayanya Bujet 2013
juga akan meninggalkan satu lubang yang besar dalam perbendaharaan
negara yang hanya akan ditutup oleh hutang.
Wang
seharusnya sampai kepada rakyat dengan melalui aktiviti ekonomi yang
berkesan dan bukannya apa yang dilakukan oleh pemimpin BN sekarang.
Pelan-pelan untuk berbelanja dan projek-projek besar dibentangkan dan
negara berhutang lagi tetapi wang masuk itu dikeluarkan dengan sekelip
mata dan seminit kemudian ia dimasukkan semula dan diberi kepada rakyat.
Sekiranya
pengurusan kewangan yang baik dilaksanakan, rakyat Malaysia akan stabil
dari segi kewangan dan mereka tidak akan memerlukan bantuan kewangan!
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan minyak.
Kita tidak
mungkin menjadi miskin dan jika ia berlaku, ia adalah disebabkan oleh
pengurusan kewangan yang teruj dan penipuan.
Jadi
untuk mereka yang mempunyai keistimewaan seperti Mukhriz, yang punyai
bunglo besar yang sering menjadi topik perbualan di kota-kota, beliau
sepatutnya tutup mulut kalau tidak tahu menahu mengenai perihal ekonomi.
Sekiranya
beliau cuba untuk mengasah bakat memberi ucapan, beliau harus praktis
dihadapan cermin dan bukannya dihadapan pelajar universiti dan
memperbodohkan mereka dan juga rakyat Malaysia dengan kenyataan dan
andaian bodoh beliau.
Kita
juga terfikir, apakah pendapat Naib Canselor UUM Prof Dr Mustafa Ishak
yang juga berada dalam audien tentang ucapan Mukhriz? Tolonglah jangan
biarkan anak bongsu seorang ahli politik kejan merosakkan standad dan
reputasi universiti anda.
Tunjukkan
bahawa UUM mempunyai standad untuk menganalisis dakwaan ini-sama ada
benar atau tidak fakta yang diucapkan oleh mana-mana pemimpin dalam atau
luar negara. Dengan kata lain, jangan biarkan UUM diperkotak-katikkan
dan dihujani oleh “Professor Kangkong’!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.