
19 Ramadhan 1433H. [MOD] -
HIBA...Che
Ku Nurul Hamizah (tengah) mencium baju raya milik kakaknya yang sudah
siap sambil ditemani Tuan Roshani (kiri) dan Che Ku Md Amin. Gambar
kecil, majlis pertunangan arwah (kiri).
KUALA
TERENGGANU: “Arwah sudah membuat persiapan untuk hari perkahwinannya,
tetapi apakan daya, hasratnya tidak kesampaian,” kata Che Ku Md Amin Che
Ku Embong, 62, bapa kepada Che Ku Nurul Hamimie, 22, yang maut selepas
motosikal ditunggangnya bertembung ambulans di Kampung Kepong, Pengadang
Baru, di sini, kelmarin.
Dalam
kejadian jam 7 malam itu, seorang warga emas, Ngah Ismail, 70, yang
berada di dalam ambulans berkenaan turut meninggal dunia ketika menerima
rawatan di wad kecemasan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di
sini, pada jam 10.30 malam kelmarin.
Che
Ku Nurul Hamimie pula yang dijadual berkahwin selepas Aidilfitri
meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital yang sama pada jam
8.15 malam akibat cedera parah di kepala dan organ dalaman.
Ketika
kejadian, Che Ku Nurul Hamimie yang bekerja sebagai jurujual kedai
bunga di bandar raya ini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung
Kepong, di sini, dengan menunggang motosikal.
Difahamkan,
setiba di lokasi kejadian, dia ingin membelok ke kanan di persimpangan
lampu isyarat Kampung Kepong, di sini, namun bertembung dengan ambulans
yang dalam perjalanan ke HSNZ.
metro/-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.