Kes PELIK jadi di Penang [Bergambar dan video]
POLIS mengiringi sebahagian daripada lapan suspek kes bunuh
seorang kanak-kanak berusia tiga tahun bagi mendapatkan perintah tahanan
reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.
BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati apabila lapan ahli keluarganya termasuk pembantu rumah warga Indonesia menjalankan upacara pemujaan dengan menindih tubuhnya di Bukit Minyak di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah
berkata kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang
secara kebetulan berkunjung ke rumah itu.
"Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.
"Apabila lelaki berkenaan mendapati pintu bilik itu berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu, dia segera memaklumkan kejadian kepada polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Azman berkata polis terpaksa memecah masuk bilik itu sejurus tiba di
lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak itu sedang ditindih kesemua
suspek.
Azman berkata hasil siasatan awal, suspek yang berusia antara 16 tahun
hingga 67 tahun sedang melakukan upacara pemujaan dan jampi atas sebab
yang tidak diketahui.
"Polis yakin kanak-kanak itu baharu sahaja mati berdasarkan keadaan mayatnya yang masih panas dan sebab kematiannya dipercayai berpunca daripada sesak nafas," katanya.
Katanya suspek yang terdiri daripada ibu, bapa, nenek, bapa saudara, ibu saudara, dua sepupu beserta pembantu rumah terbabit ditahan reman selama lima hari bermula hari ini di IPD SPT bagi membantu siasatan.
Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik
Hospital Seberang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. -
Bernama



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.