(The
Malaysian Insider) - Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini
dipanggil oleh pihak polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya
untuk disiasat berkenaan dokumen rahsia projek sambungan LRT Ampang.
Rafizi dipanggil ke balai polis Tropicana pada pukul 3 petang dan disoal berkenaan dengan dokumen rahsia itu selama sejam.
“Saya hanya jawab ‘saya akan jawab’ di mahkamah ketika disoalsiasat oleh polis.
“Di
bawah Seksyen 112 Prosedur Siasatan Jenayah, Kita mempunyai hak untuk
tidak menjawab sekiranya jawapan kita boleh digunakan untuk mendakwa
kita.
“Saya tidak menjawab satu soalan pun,” kata Rafizi dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurut
Rafizi lagi, beliau disiasat berikutan daripada laporan polis yang
dibuat oleh seorang pegawai Kementerian Kewangan berkenaan dengan isu
kebocoran dokumen.
“Selepas ini pihak polis akan menyerahkan notis untuk dapatkan dokumen asli.
“Dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), polis mempunyai hak untuk berbuat begitu,” kata Rafizi lagi.
Sebelum
ini, blog pengarah strategi PKR itu digodam, dipercayai kerana memuat
naik dokumen-dokumen sulit yang turut melibatkan perdana menteri, Datuk
Seri Najib Razak.
Malaysia-Today
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.