Semasa
Chua Soi Lek berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu hari, dia
punya spin kata yang PAS, PKR dan DAP tidak berani untuk mendaftarkan
gabungan ketiga2 parti itu di bawah satu gabungan parti yang sah dan
berdaftar dengan pendaftar pertubuhan.
Dia kata gabungan ketiga2 parti
dalam Pakatan Rakyat tidak sependapat tentang logo dan gagal mendaftarkan gabungan oposisi itu secara rasmi.
Hakikatnya itu merupakan pembohongan yang nyata yang telah di lemparkan oleh seorang pemimpin parti yang mana partinya sendiri telah kehilangan kepercayaan terhadap dia.
Bayangkan seorang yang bermoral rendah macam
dia boleh diangkat menjadi
Presiden parti sedangkan dulu negara pernah gempar dengan penayangan
video lucahnya yang dirakamkan secara curi2 oleh seseorang yang
dipercayai jugak adalah anggota parti yang mahu mencantas dia pada waktu
itu.
Ye la kan, waktu itu dia memegang jawatan sebagai seorang menteri
yang menjaga kesihatan. Memang sihat sungguh la..
Apakah Presiden MCA ni sengaja buat2 tak tahu bahawa Pakatan Rakyat telah 2 kali menghantar permohonan untuk mendaftarkan gabungan parti2 itu kepada pendaftar pertubuhan namun hingga kini masih belum meluluskan permohonan tersebut.
Permohonan pertama telah di buat pada 3 November 2009 dan di wakili oleh Dato' Zaid Ibrahim yang pada ketika itu masih bersama PKR sebagai pengerusi dan Anthony Loke sebagai setiausaha.

Manakala
permohonan kedua pulak dibuat pada 3 Mac 2011 dan kali ini di pengerusikan pulak oleh Datuk Kamaruddin Jaffar manakala Anthony masih kekal sebagai setiausaha nya.
Nampak gayanya MCA pun sudah pandai nak berbohong dan membelit fakta sebenar. Siapa guru yang telah memberikan ilmu putar belit ni kepada mereka?
Nampak gayanya MCA pun sudah pandai nak berbohong dan membelit fakta sebenar. Siapa guru yang telah memberikan ilmu putar belit ni kepada mereka?
Mana
kredibiliti yang masih ada ataupun wujud di dalam kem Barisan Nasional
jika MCA pun sudah terikut2 dengan rentak yang telah lama begitu sebati
dalam Umno. Nak percayakan MIC, lagi la karut..
Apa yang nyata lagi terang, gabungan parti dalam Barisan Nasional semuanya sudah tidak relevan langsuung kerana ketandusan pemimpin yang berwibawa malah kalau ada pun pemimpin yang berpotensi, nescaya akan kena cantas awal2 supaya pemimpin pelapis ni tidak kelihatan lebih bijak dari pemimpin yang ada dan kekal berkuasa dalam gabungan parti yang sedang menuju kehancuran akibat perasaan tamak dan tidak memeprdulikan nasib orang lain itu.
Pakatan Rakyat masih menanti jawapan berkenaan permohonan pendaftaran gabunagn parti tersebut dari piahk yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh sepupu PM Najib, Hishamuddin Tun Hussien.
Hingga kini status permohonan tersebut masih menjadi tandatanya
sedabgkan permohonan parti politik lain seperti IKATAN yang di ketuai
oleh Kadir Sheikh Fadzir begitu mudah untuk di luluskan.
Nampak sangat Umno/BN begitu takut dengan Pakatan Rakyat yang kini sokongan yang diterima semakin hari semakin meningkat dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama tanpa dapat di sekat walau dengan apa cara sekalipun.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.