Friday, June 8, 2012

PANAS! Mahathir Masih Perdana Menteri Malaysia??





Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mendapat pujian ramai, terutamanya ahli-ahli UMNO pembodek yang lain. Dirinya telah dipuji kerana melakukan banyak penswastaan di Malaysia, Wawasan 2020nya, dasar ketat politik dan ekonomi, namun tidak satupun diantara ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Sebaliknya, akibat dasar kuku besi Mahathir, Malaysia telah dipandang rendah dan dilihat sebagai sama tahap seperti rejim penyangak lain seperti Zimbabwe dan Myanmar. Vietnam sudah semakin maju, manakala Indonesia telah meninggalkan kita jauh di belakang.

Tidak hairanlah Mahathir yang berusia 86 tahun cuba untuk menyelamatkan legasinya, walaupun biografinya yang laris A Doctor in the House tidak akan menjadikannya popular lagi. Di mata rakyat senegaranya, apa yang telah dilakukan oleh Mahathir, dirancang, dilaksanakan dan dibayangkan, semuanya telah gagal teruk.
Msih tidak cukup! Lebih banyak sekatan diperlukan!

Kepada Mahathir, ia mungkin kelihatan bahawa rancangannya telah gagal. Menjadi kucar-kacir di depan matanya sendiri. Dia tidak boleh menerima bahawa ia adalah salahnya sendiri dan sebaliknya menyalahkan penggantinya erana tidak berusaha lebih untuk rakyat.
 
 

Dan ini adalah mengapa suhu politik di negara ini mengeledak dengan kekejaman polis menjadi norma dalam mengawasi rutin seharian. Mahathir masih berkuasa, dilindungi oleh kekayaan yang dikumpul oleh anak-anaknya, kroni dan keluarga ketika pemerintahannya selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003. Dia tahu dia telah membuat banyak kesilapan tetapi tidak akan mengakui hakikat ini dan ini jugalah sebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti terdesak hendak memuaskan hati Mahathir.

Tanpa Mahathir, Najib akan ditendang keluar sebagai Presiden Umno sekaligus sebagai PM di negara ini dengan serta-merta. Tanpa mandat pilihanraya sendiri serta perbalahan dalaman yang serius terpaksa dihadapinya dari dalam UMNO, Najib tahu kelemahannya.

Ini adalah mengapa lelaki berusia 58 tahun ini telah membuat pusingan U dengan menghidupkan semua janji-janji dulunya untuk pembaharuan, walaupun pengkritik berkata bahawa Najib tidak pernah benar-benar serius untuk melakukan apa-apa pembaharuan keatas Malaysia.
Masih mahu menjadi BOS

As every facet of Malaysia goes down one by one, Mahathir remains in a state of denial. Publicly, he says he can’t bear to see Malaysia sliding within his own life time and he can’t do anything about it. But don’t rush to empathize, one might be mistaken.

Setelah setiap kes dan skandal di Malaysia dibongkar satu persatu, Mahathir kekal dalam penafian. Secara terbuka, dia berkata dia tidak sanggup melihat Malaysia munah ketika hayatnya dan dia pula tidak boleh melakukan apa-apa. Tetapi jangan merasa kasihan padanya dengan begitu cepat, kita mungkin tertipu.

Pengkritik berkata, dia sebenarnya tidak peduli tentang Malaysia sama sekali. Mahathir hanya berminat untuk menghidupkan legasinya semula, yang telah diruntuhkan, dan sudah tentu untuk melihat anaknya Mukhriz menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri Kedah sebelum menjadikan dia sebagai Perdana Menteri apabila tiba masanya bagi Najib untuk meletakkan jawatan.

Najib mungkin telah mengambil alih dari Abdullah Badawi tetapi tidak syak lagi dia telah mewarisi segunung masalah sosio-ekonomi Malaysia daripada Mahathir. Mahathirlah yang memimpin Malaysia ke kancah hutang yang banyak akibat daripada sebahagian besar projek-projek mega yang telah dilaksanakan adalah hasil daripada wang yang dipinjam.

Firma minyak nasional, Petronas telah diperah kering untuk menyelamatkan firma yang dikawal oleh kroni dan anak-anaknya apabila projek-projek ini menjadi bermasalah seperti biasa. Dengan rasuah berleluasa dan salah urus tadbir, ditambah keutamaan dasar untuk memperkayakan para pemimpin elit dalam Umno, penswastaan Malaysia menjadi tidak berfungsi tanpa amalan pengurusan perniagaan yang cekap. Ini menjadikan Malaysia tidak cekap dan tidak berdaya saing.

Sekarang, Mahathir mahu menguruskan ekonomi sekali lagi. Dia seperti orang yang masih tamakkan kuasa. Hanya beberapa hari lalu, dalam wawancara dengan berita asing dia berkata bahawa pengeluaran Greece dari Zon Euro, ditambah walaupun kelembapan ekonomi China, tidak akan memberi kesan kepada Malaysia.
 
 

Adakah dia bergurau? Ketua Bank Negara Zeti Aziz telah mengakui bahawa ia "tidak dapat dibayangkan" jika Greece gagal untuk terus berada di pelan pemulihanekonomi Euro untuk pembaharuan kewangan. Kebergantung perdagangan Malaysia sudah akan merasa kesannya satu akibat kelembapan global ini dan lebih-lebih lagi apabila Hutang Negara kini berada pada tahap RM560 bilion dan semakin meningkat.

Jadi, mengapa Mahathir cuba untuk menutup kemungkinan bahawa malapetaka kewangan tetapi tidak pula memperkatakan tentang kedudukan Najib yang "lemah". Lelaki tua ini dengan mudah berkata bahawa walaupun kita dapat melepaskan diri daripada kesan krisis ekonomi luar, Najib perlu menangguhkan pilihan raya umum ke-13 hingga ke akhir tahun ini.

"Kerana lemah, dia perlu memberi respons kepada kritikan. Tetapi apabila berhadapan dengan masalah ini sahaja tidak cukup ... mungkin pada lima bulan akan datang sebelum akhir tahun ini," kata Mahathir kepada Bloomberg, merujuk kepada masa yang terbaik untuk PRU ke-13.
Kepentingan peribadi dalam PRU ke-13

Malah, dalam PRU ke-13, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gabungan Pakatan Rakyat akan mempunyai peluang yang baik untuk merampas kerajaan persekutuan - rejim perubahan yang pertama kalinya berlaku di Malaysia sejak penjajah British meninggalkan kita pada tahun 1957.

Kita pasti sudah sedar bahawa Mahathirlah yang telah mempengaruhi Najib dengan mengarahkan tindakan keras polis ke atas orang awam yang berlaku pada 28 April, 2012, di perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihanraya yang bebas dan adil.

Bukan hanya Mahathir tegas mempertahankan penggunaan kekerasan ke atas orang awam yang berhimpun secara aman, dia juga menuduh pihak penganjur Bersih bersubahat dengan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN seperti di Dataran Tahrir atau Kebangkitan Arab. Tiada siapa yang terkejut apabila Najib dengan segera mengulangi kata-kata Mahathir.

Lelaki tua itu kemudian memberi amaran bahawa jika Pakatan menang PRU ke-13, akan berlaku "keganasan tanpa henti". Pendirian dan muslihat politiknya sama sekali dikutuk dan motifnya telah diselar sebagai jahat dan "berbahaya".

"Apa yang jelas ialah Mahathir mempunyai kepentingan peribadi dalam keputusan pilihan raya umum akan datang untuk menyebabkan dia melakukan yang terbaik, termasuk pembohongan dan fitnah terhadap Bersih 3.0 yang merupakan ‘warm up’ oleh Pakatan Rakyat untuk mengadakan demonstrasi ganas untuk menolak keputusan pilihan raya akan datang jika pembangkang gagal atau orang Melayu kehilangan kuasa politik di negara mereka sendiri apabila UMNO dikalahkan," kata penasihat DAP Lim Kit Siang.

"Apakah mungkin bahawa dia menyedari bahawa selepas perhimpunan Bersih 3.0, UMNO dan Barisan Nasional akan keluar dari Putrajaya sejurus pilihan raya umum akan datang, dan ini bermaksud bahawa senarai panjang skandal kewangan dan penyalahgunaan kuasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri akhirnya boleh dijalankan siasatan penuh dan dia melakukan yang sedang bertungkus-lumus untuk mengelakkan sejarah rahsia menjadi Perdana Menteri 22 tahun ini daripada diketahui semua?
Mahathir kini PM de-facto

Yang pasti, Mahathir amat bimbang akan diri serta keluarganya. Lihatlah bagaimana Indonesia menyelesaikan kes rasuah bekas presiden Suharto dengan kekayaan hebat yang dikumpul oleh keluarganya akan menjadikan Mahathir seram sejuk. Bukan sahaja kekayaannya akan dirampas, penjara, perbicaraan mahkamah yang panjang dan penghinaan ini semua bakal dihadapinya.

Bagi Mahathir, sama ada dia sememangnya jenis yang tidak pernah takut atau percaya bahawa nasib akan sentiasa menyebelahinya, sebaliknya merancang atau cuba berunding bagi mencari jalan yang terbaik, dia sedang berusaha untuk mempromosikan anaknya Mukhriz sebagai ketua menteri Kedah yang seterusnya, dan pada masa yang sama membuat kenyataan dan memberi nasihat seolah-olah dia masih lagi PM.

Drama dan komen lantang Mahathir beberapa hari lepas belum dilupakan pemimpin Umno yang lain, mahupun musuh politik mereka, ahli Pakatan rakyat.

"Jelas ada perpecahan serius dalam Umno dan mereka tidak mampu untuk mencapai kata sepakat. Jika tidak, tiada sebab untuk Mahathir menasihati Najib supaya melambatkan PRU ke-13. Dia hanya perlu membuat panggilan telefon. Mahathir mahu UMNO tahu bahawa jika Najib melambtkan PRU ke-13 hingga September atau 2013, Najib akan masih mempunyai sokongannya," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ya, Dr M takut kehilangan pada PRU ke-13 dan pemilihan parti Umno. Dia dan Najib akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan orang mereka menang dan yang lain akan diketepikan. Golongan Badawi, kumpulan Tengku Razaleigh dan jugaTan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) akan mendapati diri mereka terpinggir. Ini nampaknya seperti perjanjian Dr M telah dibuat dengan Najib. Mahathir akan menjadi PM de-facto, Najib hanya akan menjadi boneka. Dia dan Rosmah akan ke luar negara untuk menghadiri acara rasmi dan tinjauan mesra. Tetapi dasar-dasar sosial dan ekonomi akan kembali ke meja Mahathir. Ya, Mahathirisme kembali dan kita perlu berhati-hati dan berjaga-jaga. "
Menghentikan penghijrahan beramai-ramai ke dalam Pakatan sahaja tidak cukup

Pemilihan parti Umno dijadual pada bulan Oktober 2012, manakala spekulasi bertiup kencang bahawa PRU ke-13 akan diadakan pada bulan September atau tahun depan dan bukan pertengahan bulan Jun atau Julai seperti yang disebut-sebut sebelum ini.

Satu perhimpunan besar BN akan diadakan pada 17 Jun dimana Najib dijangka mengisytiharkan tarikh pilihanaya tetapi selepas kegagalan cara mereka mengendalikan Bersih 3.0 dan ketidakupayaan Mahathir untuk mendapatkan kembali populariti dari rakyat, peluang untuk PRU ke-13 berlaku lewat tahun ini atau awal tahun depan lebih tinggi. 

Mandat BN untuk memerintah akan tamat pada bulan Mac 2013.

Sementara itu, penghijrahan yang boleh dijangka oleh ahli UMNO-BN dan kakitangan awam ke Pakatan Rakyat yang semakin mencemaskan Umnoter masuk bekas Peguam Cara Negara Yusof Zainal Abiden, profesor Aziz Bari dari UIA dan Brigadier-Jeneral Abdul Hadi Abdul Khattab. 

Semua menyertai PKR manakala bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Fauzi Shaari menyertai PAS
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.