Friday, June 8, 2012

Panas!! Akhbar Kemboja Dakwa Najib Dalang Utama Pembunuhan Altantuya - Posted by Addin




Tiada sebab dan siapalah kami untuk menuduh serta meletakkan kesalahan pada yang lain sebelum seseorang benar-benar dibuktikan bersalah.

Setiap negara ada sistem undang-undangnya tersendiri. Tetapi, jika mahkamah mahu memanggil individu yang dirasakan sesuai bagi untuk menjadi saksi dalam membantu siasatan dan dalam pada masa yang sama ruang yang ada nanti semasa prosedur mahkamah nanti boleh digunakan bagi membersihkan namanya pun masih tidak diendahkan. 

Natijahnya yang tidak boleh dielakkan adalah timbulnya pelbagai spekulasi orang ramai dan masyarakat luar yang terus memerhatikan perjalanan kes berprofil tinggi, Scopene scandal ini.

Setakat semakan yang kami lakukan ketika ini, antara portal berita yang telah menyiarkan laporan berita bakal Scorpene Scandal ini antara lainnya adalah portal berita dari Kanada, Hong Kong juga tidak ketinggalan dan portal berita juga negara jiran Malaysia, Kemboja juga tutrut memberikan liputan mengenai Scandal Scorpene ini.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh portal berita itu, Datuk Najib dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya.


Addin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.