Saudara Pengarang, AKHIR-AKHIR ini kelihatan kelibat pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia agak RAJIN melawat ke Sabah. Lawatan yang agak kerap ini menimbulkan seribu pertanyaan. Apakah tujuan mereka turun? Dari pegawai yang berpangkat PSU, KPSU, TSUB, SUB, TKSU bahkan KSU dan Timbalan Menteri sendiri selalu melawat Sabah. Walaupun agak kerap turun, namun masalah projek sakit, lewat jadual bahkan hidup segan mati tidak mahu tidak juga berkurang. Adakah mereka datang untuk menyelesaikan masalah atau pun ada perkara lain seperti kata pepatah 'ada udang di sebalik batu'? Saya sebagai rakyat jati bumiputera Sabah, orang kata, "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". Tetapi jangan silap maksud. Ini hanyalah kepada mereka yang benar-benar ikhlas berniat membantu pelajar/rakyat Sabah. Jika tujuan turun ke Sabah untuk menunjukkan belang, "Akulah Bos Dari KPM" bagus janganlah. Bagus kamu pulang baik sebelum kena halau. Jika datang mencari jodoh pun kita tidak larang. Tapi jangan pula jodoh 'spare part'. Bukannya apa, sekiranya kerajinan mereka turun melawat ke Sabah dapat membuat projek berjalan lebih laju dan lancar, silakanlah. Tapi 'kalau' datang mau kutip ufti...ehem! ehem!...bagus saya tapis-tapis sedekit agar tidak dikatakan fitnah; saya kata 'kalau'. Bukannya tuduh. Tanya-tanya sahaja. Lagi memeningkan kepada pegawai yang turun selalu bertukar-tukar. Apakah motif di sebalik perkara ini? Mahu dikatakan 're-shuffle', mustahil pula tiga bulan sekali. Tidaklah produktif kalau sampai ke tahap macam itu. TSUB sekejap lelaki, sekejap perempuan. Sekejap kurus, sekejap gemuk. Sekejap tinggi, sekejap rendah. Siapabah sebenarnya Pegawai KPM ini?. Kenapa tidak wakilkan sahaja kepada pegawai pendidikan negeri yang mengurus aset pendidikan negeri Sabah. Tidak layakkah pegawai di Jabatan Pendidikan Sabah mentadbir urus 'rumahtangga' mereka sendiri? Bukankah lawatan yang agak kerap secara langsung memberi kos perbelanjaan kepada kerajaan? Mungkin mesyuarat di Kuala Lumpur tidak seronok kerana tidak ada 'sumandak' barangkali? Salam Hormat, INSAN KERDIL/Sabahkini.net |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.