Pengundi
hantu di seluruh negara kini berjumlah tidak kurang 1.7 juta orang,
didasarkan kepada jumlah awalnya sebanyak 322,936 orang pada tahun 2006
menerusi "Projek IC di Sabah". Anggaran tersebut dibuat berdasarkan
perkiraan setiap mereka yang telah diberikan kad pengenalan menerusi
projek itu pada 2006 telah mempunyai anak sekitar 3 atau 4 orang, dengan
kesemua anak-anak mereka itu juga sudah berumur 21 tahun ke atas dan
layak menjadi pengundi.
Penulis buku politik terkenal, Mutalib MD (gambar) mendedahkan,
dalam masa yang sama, 322,000 orang warganegara asing telah dikesan
menjadi pengundi hantu di Sabah bagi tahun ini sahaja yang juga
dilahirkan menerusi Projek IC. Mereka yang terbabit itu warganegara
Filipina, India, Pakistan dan Indonesia yang datang ke negara ini dengan
status sebagai IMM 13 yang kemudian diberikan MyPR merah dan sekarang
telah diberikan MyKad biru menjadikan mereka sebagai warganegara ini
yang sah.
Kata Mutalib, kewujudan 322,936 pengundi hantu pada tahun 2006 yang kini
telah berkembang menjadi 1.7 juta orang di seluruh negara tidak boleh
dinafikan oleh pihak kerajaan kerana ia berdasarkan penyiasatan beliau
selama 15 tahun.
"Perkara itu saya nyatakan dalam buku saya yang berjudul 'IC Projek - Agenda Tersembunyi Mahathir' yang
diterbitkan pada tahun 2006. JPN sendiri turut akui buku itu sebagai
buku yang bermutu dan turut dibahaskan di Parlimen," katanya ketika
dihubungi Harakah.
Katanya lagi, walaupun Projek IC itu dilakukan di Sabah, mereka yang
terbabit itu tidak terus menetap di Sabah, malah berkeliaran ke
negeri-negeri lain di seluruh negara termasuk ke Kuala Lumpur lalu
menjadikan mereka pengundi hantu di seluruh negara. Di Semenanjung
Malaysia, pengundi hantu yang dilahirkan bukan melalui Projek IC seperti
yang dilakukan di Sabah, tetapi dengan cara lain iaitu menerusi
persatuan-persatuan tertentu yang tidak wujud dan dengan menggunakan cap
jari.
"Mereka pakai persatuan-persatuan yang tidak wujud. Selepas itu, mereka
ambil cap jari. Cap jari mereka itu akan diproses oleh JPN untuk
diberikan IC kepada mereka bagi membolehkan mereka menjadi pengundi.
Warganegara India pun ramai yang dapat IC dengan cara ini,"
tegasnya. Antara persatuan-persatuan tidak wujud yang digunakan oleh
mereka itu, tegas beliau lagi, termasuklah Persatuan Suluk, Persatuan
Bajau dan Persatuan Bugis.
"Dengan cara itu juga, kita jangan terkejut nanti jika pelajar-pelajar
IPT dari Afrika yang nama dan pengenalan dirinya tidak terdapat dalam
sistem JPN, tetapi ada dalam sistem SPR lalu diberikan IC oleh JPN untuk
membolehkan mereka juga menjadi pengundi di negara ini," katanya.
Mutalib mendakwa, pandangan dan cadangan minoriti PSC berhubung
penambahbaikan pilihanraya supaya dibersihkan daftar pemilih oleh SPR
sememangnya berasas, namun ia enggan dibahaskan di Parlimen oleh para
pemimpin Umno BN kerana ia jelas tidak akan menguntungkan mereka.
Pencacai SeMalaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.