Gambar yang disiarkan oleh Jeebond dari Blogpolitik
mempersoalkan sipakah lelaki-lelaki yang tidak memakai ‘T’ Shirt
BERSIH tetapi mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah
didirikan oleh pihak DBKL di sekitar Dataran Merdeka.
Tindakan
mereka yang mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah
menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka.
Akibatnya
tindakan dari Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk
tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media yang dikawal pihak
UMNO/BN.
Antaranya adalah berita seperti di bawah..
KUALA
LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang
diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.
Ia
berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan
biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut
menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan
keselamatan cedera.
Tidak
cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar
apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang
terbabas.
Mereka
juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di
laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa
sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.
Tindakan
ganas kumpulan itu bermula apabila mereka merempuh benteng pasukan
polis yang berbaris di depan pusat beli-belah KLCC kira-kira pukul 10.30
pagi sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami
kecederaan – Lidah Rasmi UMNO
Dalam
ramai dari kita yang tertanya-tanya.. tiba-tiba muncul Zaharin Mohd
Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak membuka cerita..
Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…
Dalam
mengatakan orang lain bodoh.. dia sendiri mempamirkan kebodohannya
kerana terlalu bangga untuk menceritakan rahsia yang sepatutnya
dirahsiakan beliau mendedahkannya kepada umum..
Siasahkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.