Isnin, 30 April 2012
INI CONTOH MATA MATA BERHEMAH
ARKIB : 11/08/2011
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.
Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.
"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.
"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
INI SATU LAGI CONTOH MATA MATA BERHEMAH
nota:
ini lah contoh terbaik
satu bukti betapa berhemahnya
mata mata malaysia
mata mata di malaysia ini dikatakan berhemah
bayangkan kalau mata mata ini tidak berhemah
mampooos rakyat kecewa
kah kah kah
sila layari radio bangsar utama:
Tak patut betul polis tu.Patutnya nak tangkap perusuh jalanan kenalah bagi nasihat dengan lemah-lembut sambil mempelawa perusuh naik trak dengan sukarela.Lagipun apalah sangat salah perusuh setakat langgar perintah mahkamah dan mengganggu kenteraman awam aje.Paling ganas pun cuma sebuah aje kete polis jahanam,polis yg mati dibunuh perusuh pun bukan ramai,sorang aje.
ReplyDeleteIsh..ish..ish tak patut..tak patut