Tuesday, April 3, 2012

PANAS! Razali Ibrahim Mula Terasa Bahang Kemaraan Salahuddin Ayub??




Teka-teki berhubung spekulasi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bertanding di negeri kelahirannya, Johor Darul Takzim kini terjawab Jumaat lalu.

Walaupun niat baik Salahuddin anak jati Tanjong Piai ini mahu berbakti di negeri sendiri ditempelak Umno-APCO yang kununnya PAS Kelantan tidak lagi membenarkan orang luar bertanding di negeri itu, hakikatnya Pakatan Rakyat sudah bersedia menentang Umno-APCO di mana sahaja, termasuklah di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat parti reput itu.


Dalam diam, rupanya yang paling gentar dengan perkembangan terbaru ini adalah ahli parlimen Muar yang juga naib ketua pemuda Umno-APCO yang mencabar Salahuddin bertanding di kerusinya dalam pilihanraya umum akan datang.


Tetapi Razali tersilap.


Silap besar.


Kerana Salahuddin bukan tandingannya untuk bertanding di Muar walaupun kununnya kerusi tersebut bakal ditandingi PKR.


Salahuddin lebih layak bertanding di Parlimen Sembrong milik sementara Naib Presiden Umno-APCO yang juga Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, yang dikhabarkan mahu lari ke parlimen Kota Tinggi yang kini dipegang Syed Hamid Albar.


Mengapa Hishamuddin mahu ke sana pula?


Kerana Sembrong sudah dianggap kerusi kelabu oleh Umno-APCO berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi menerusi sumber dalaman parti itu sendiri yang secara tidak rasmi dikeluarkan pada bulan Februari lalu.


Dan buktinya, kereta Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dirosakkan oleh konco-konco Umno-APCO yang didalangi menteri dalam negeri itu sendiri pada 19 Mac lalu.


Salahuddin langsung tidak gentar dengan cabaran 'budak mentah' seperti Razali kerana dikhuatiri Razali sendiri akan menggigit jari terlepas kedua-duanya sekali, jawatan ketua pemuda dan timbalan menteri.


Kegusaran Razali kian jelas terlihat dengan kenyataannya menyindir Salahuddin dengan berkata:


“Ini lebih kepada kuasa. Pengumuman yang dibuat oleh mereka semua mengenai kuasa sama ada untuk mengekalkan kuasa atau merampas kuasa daripada rakyat.



“Namun saya tidak boleh menguasai rakyat, mereka buatlah pertimbangan. Tapi kalau Salahuddin untuk datang ke Muar, apa pilihan yang saya boleh buat.


Ternyata ia satu mesej tersirat penuh kegelisahan kerana Salahuddin bukan calang-calang pemimpin PAS masa kini.


Sekali imbas, Parlimen P146 Muar yang mempunyai dua kerusi DUN iaitu N15 Maharani yang disandang oleh seorang lagi tokoh PAS, Dr Mohamad Taslim dan N16 Sungai Balang yang dipegang oleh Dr Robia Kosai dari Umno-APCO, sebenarnya tidak berapa selamat untuk Razali.


Dengan mengambil kira keputusan pilihanraya umum ke 11 dan 12, majoriti undi Razali Ibrahim sudah banyak merosot daripada 13,415 undi kepada hanya 4,661 undi sahaja, pengurangan drastik sebanyak lebih dua pertiga!


Malah kerusi DUN Sungai Balang yang disandang Dr Robia juga menyaksikan kemerosotan undi dua pertiga, daripada 6,205 undi pada 2004 kepada hanya 2,018 empat tahun selepas itu.


Jika diandaikan pengundi Cina yang semakin lama semakin bersama Pakatan Rakyat, malah ada yang berani meramalkan sokongan sehingga 85 peratus, sekiranya Salahuddin bertanding juga di Muar, dia hanya memerlukan undi orang Melayu sebanyak 50 peratus dengan mengambil kira undi kaum India juga tidak banyak berubah sejak 2008 lalu, iaitu kira-kira 60 peratus.

Ia satu petanda jelas buat Razali yang dikhabarkan agak tergugat dengan peralihan undi anak muda yang rata-ratanya bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Singapura.

Anak muda yang pulang ke kampung sekali sekala pasti menitipkan mesej tersirat kepada kedua orang tua mereka supaya perubahan terhadap kepimpinan negara mesti dilakukan demi menyelamatkan negara dari terus terjerumus ke kancah kemuflisan.


Dan modal paling ampuh buat anak muda ini terutamanya kaum Cina adalah isu kematian Teoh Beng Hock serta skandal lembu NFC keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil yang akan melepaskan jawatannya kurang seminggu lagi.


Ironinya, Razali adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah Ahmad Shabery Cheek, ahli parlimen Kemaman.


Persoalannya, dengan jawatan sebegitu dekat dengan anak muda pun dia masih terkial-kial mencari formula bagaimana hendak mendekati golongan tersebut, apakah jaminannya bahawa kerusi Muar kini masih selamat buat Umno-APCO?


Dengan pecahan pengundi bukan Melayu yang agak besar, kira-kira 40 peratus daripada 41,019 pengundi berdaftar, tidak syak lagi Razali pasti gusar dengan kedudukannya, selain daripada beberapa nama dalam Umno-APCO Muar sendiri sudah ada yang mahu mencantasnya.


Apa yang perlu Salahuddin lakukan adalah menggempur kubu kuat di Sungai Balang bagi memecahkan undi orang Melayu selain mengurangkan majoriti Umno-APCO kepada hanya kurang 1000 undi sahaja.


DUN Maharani mesti dikekalkan penguasaan pengundinya bagi menyokong kekurangan undi yang berlaku sekiranya DUN Sungai Balang kekal di tangan Dr Robia.


Dan ia tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana sekiranya Razali benar-benar 'anak jantan' dia tidak akan sama sekali menyindir Salahuddin yang dicalonkan sebagai menteri besar buat menggantikan Ghani Othman yang semakin disisihkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, hingga pengumuman Muar sebagai bandar diraja pun dibuat Tuanku Sultan!


Apa yang pasti, walau di mana Salahuddin akan bertanding, peluangnya untuk menang dilihat amat cerah berdasarkan sokongan pengundi bukan Melayu dan anak muda yang terus menggusarkan hati Umno-APCO, termasuk Razali sendiri!

JALAN PULANG


Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim berkata pihaknya tidak gentar sekiranya Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mahu menjadi pencabarnya bertanding dikerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Malah beliau yang juga naib ketua Pemuda Umno bersedia menawarkan dirinya mengetuai jentera BN mempertahankan Parlimen Muar daripada dirampas Pakatan Rakyat.


“Perkara asasnya kenapa dia tidak mempertahankan kerusi di Kelantan?


“Kalau dia nak bertanding di Muar saya alu-alukan. Tapi tidak logik sebab Parlimen Muar untuk pembangkang adalah kerusi PKR,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Ini berikutan keputusan Pakatan Rakyat yang mahu Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bertanding di Johor Baru dan menjadi calon Menteri Besar.

Rakyat buat pertimbangan

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata Salahuddin bebas untuk bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) asalkan mahu berkhidmat untuk rakyat, bukan hanya mendapatkan kuasa.


Katanya, apa yang dilihat pengumuman Salahuddin untuk bertanding di Johor itu hanyalah untuk meluaskan kuasa pembangkang untuk menawan negeri itu daripada BN daripada menjaga kebajikan rakyat.


“Ini lebih kepada kuasa. Pengumuman yang dibuat oleh mereka semua mengenai kuasa sama ada untuk mengekalkan kuasa atau merampas kuasa daripada rakyat.


“Namun saya tidak boleh menguasai rakyat, mereka buatlah pertimbangan. Tapi kalau Salahuddin untuk datang ke Muar, apa pilihan yang saya boleh buat.


Jumaat lalu,Salahuddin telah mengesahkan akan kembali ke Johor, menyertai rancangan Pakatan Johor untuk mengambil alih negeri berkenaan dalam PRU13.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.