Tuesday, April 3, 2012

Najib jadi PM kerana sempadan mengundi !!


KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Najib Razak tidak menjadi Perdana Menteri kerana undi majoriti tetapi kerana persempadanan kawasan mengundi, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Dato’ Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

“(Dalam pilihan raya 2008 lalu) penyokong Umno- BN hanya merupakan 49 peratus daripada pengundi popular.
“Yang menyelamatkan Umno dan yang membolehkan Najib jadi Perdana Menteri, ialah persempadanan kawasan mengundi.
“Kalau tidak ada pembohongan dan arrangement macam ini, Umno yang melakukan kesilapan demi kesilapan ke atas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!” kata bekas Adun Pulau Manis itu.

Ariff menekankan, orang Melayu tidak akan kehilangan apa-apa pun yang berharga jika menolak Umno.

Dengan menolak Umno, katanya, orang-orang Melayu hanya kehilangan “rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka”.

“Umno membodohkan orang Melayu dan suka selagi orang Melayu bergantung kepada Umno dan tertunduk-tunduk meminta sedekah seperti segala tambi dan peon.

“Ini bukan cara untuk memartabatkan maruah bangsa,” tegas beliau yang menyifatkan Umno sudah sampai masa tamatnya. “Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan walaupun sesaat.

“Rakyat sudah lemas dan meluat dengan Umno. Untungnya, Umno tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari Umno menunjukkan lemasnya,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya bertajuk “Mentalqinkan Umno”.

Mengulas gertakan dalam keadaan serba cemas yang disuarakan Perdana Menteri baru-baru ini supaya “rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi”, Ariff berkata, “amat benar – jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan Umno untuk merompak dan melanun negara ini”.

Melihat kepada cara kerajaan Umno memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, beliau menyifatkan kerajaan pimpinan Umno seolaholah memerah rakyat.
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.