Sunday, March 25, 2012

PRU 13 Sarawak Akan Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat ??


Orang kuat Taib Mahmud baru sekejap tadi memberi tahu perkembangan politik di Sarawak cukup membimbangkan. Katanya harapan untuk Pakatan Rakyat meraih lapan hingga 10 kerusi parlimen di negeri Bumi Kenyalang itu bukan menjadi angan kosong lagi.

Perubahan suasana politik di Sarawak menurutnya begitu ketara lagi. Taib Mahmud yang tidak berapa selesa dengan Najib Razak kerana Najib pernah meminta Ketua Menteri itu bersara selepas pilihan raya negeri lalu, ada tanda-tanda akan bertukar selera politik.

Menurutnya BN masih menguasai di Serawak tetapi tidak semestinya ia menyokong BN Kuala Lumpur. Kerja-kerja untuk menjalinkan persahabatan dengan PR sedang dilakukan oleh pihak tertentu sebagai mewakili Ketua Menteri.

Dalam pada itu satu persefahaman telah dibuat di antara Taib Mahmud dengan seorang tokoh Umno di Semenanjung menjelang pilihan raya akan datang. Persefahaman ini khabarnya sudah sampai ke peringkat konkrit.

Kata bekas orang bertanggungjawab membawa Taib pulang ke Sarawak tahun 1981, BN yang diungguli Parti Pesaka Bumiputera Sarawa (PBB) akan bersama Pakatan Rakyat. Selepas ini katanya PBB Sarawak khususnya akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN.

Menurut beliau yang juga bekas pegawai kepada timbalan menteri antara faktor atau tarikan besar PBB untuk bersama Pakatan Rakyat ialah janji yang termaktub dalam Buku Jingga untuk memberi 20 peratus royali minyak yang mana ia tidak akan terlaksanakan oleh BN.

Beberapa janji lain misalnya masalah tanah adat, pembangunan di Sarawak juga menjadi faktor.

Sehubungan itu katanya beliau sendiri akan bertukar parti meninggalkan PBB dan menyertai Pas. Beliau berhajat untuk berjumpa Tok Guru Nik Aziz dalam masa terdekat. "Kalau boleh enta tolong ana untuk berjumpa Tok Guru," mintanya sambil berkata apa yang perlu saya bawa untuk jumpa Tok Guru.

Jawab saya bawa iman dan keyakinan sahaja, lain-lain tidak ada apa-apa pekeras, balas saya bergurau. InysaAllah akan saya aturkan untuk memenuhi permintaannya itu. 
 
 
Siasahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.